Kejatuhan dolar AS telah mendorong kepada pertumbuhan emas melebihi paras $1,800

Emas melepasi paras $1,800 pada semalam, berikutan kejatuhan dolar AS pada baru-baru ini telah mendorong para pelabur untuk mencari bullion. Penganalisis FXTM, Lukman Otunuga mengatakan lebih banyak dorongan diperlukan untuk memacu pertumbuham logam berharga ini ke paras yang lebih tinggi.

Menurut laporan COT terbaru, CFM meningkatkan pesanan pembelian spekulatif mereka di Comex sebanyak 5,380 kontrak kepada 117,272, sementara pesanan penjualan merosot sebanyak 18,295 kontrak kepada 58,194. Sekarang, pesanan pembelian bersih emas adalah 59.078 kontrak, 66% lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

Begitu juga untuk pesanan membeli spekulatif perak, ia telah merekodkan kenaikan sebanyak 1,596 kontrak kepada 48,227, sementara pesanan menjual melonjak sebanyak 3,581 kontrak kepada 38,472. Pesanan pembelian bersih logam kini adalah 9,755 kontrak, 17% lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.

Tetapi walaupun permintaan untuk perak sedang bergelut, penganalisis SocGen mengatakan ia nampaknya telah terlebih jualan (oversold) dan matang untuk menutup pesanan menjual.


Sementara itu, untuk tembaga, keprihatinan yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan ekonomi terus mempengaruhi sentimen, oleh yang demikian, pesanan pembelian spekulatif di Comex turun sebanyak 4,758 kontrak kepada 57,717. Pesanan menjual meningkat sebanyak 7,386 kontrak kepada 38,759. Oleh itu, pesanan bersih tembaga jatuh kepada 18,985, 39% lebih rendah daripada minggu sebelumnya.