Analisis dan isyarat dagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 13 Ogos. Analisis tawaran dagangan Khamis. Bersiap sedia untuk dagangan pada Jumaat

Analisis tawaran dagangan terdahulu:

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit

Pasangan mata wang EUR/USD terus diniagakan dengan sangat perlahan pada hari Khamis. Volatiliti pasaran pada hari semalam adalah 25 mata, "tidak nyata". Pada dasarnya, ini semua yang harus dikatakan mengenai pergerakan pasangan mata wang EUR/USD pada hari Khamis. Adalah diingatkan bahawa kami biasanya akan mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan minimum 30 mata untuk sebarang tawaran dagangan. Ternyata hari ini pasangan mata wang ini telah kurang bergerak kurang dan berada sedikit jauh di mana kami mengesyorkan pedagang untuk mengambil keuntungan pada tawaran terbuka. Ini bukan bermaksud volatiliti pasaran yang lemah, tetapi juga volatiliti yang rendah. Selain itu, jika pasangan mata wang ini bergerak ke arah tertentu, ia dapat diklasifikasikan sebagai lemah, tetapi masih merupakan trend urusniaga harian. Tetapi tidak, sebut harga itu kekal berada di satu tempat sepanjang hari, bahkan tidak berusaha untuk bergerak ketika laporan Eropah mengenai pengeluaran perindustrian dan jumlah permohonan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan. Untuk berlaku adil, harus dinyatakan bahawa kedua-dua laporan ini tidak signifikan, dan sejak daripada awal lagi kami tidak menjangkakan bahawa pasaran akan bertindak balas terhadapnya. Trend pada carta 30 minit secara formal berubah kepada aliran menaik, kerana harga menetap di atas garis arah aliran menurun. Namun, pergerakan menaik masih belum dapat dimulakan.

Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit

Pergerakan harga kelihatan lebih menyedihkan dalam carta 5 minit. Kami tidak menandai kawasan harga secara khusus ketika laporan dari Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat diterbitkan, kerana tidak ada keperluan untuk ini - walau bagaimanapun, tidak ada reaksi pasaran terhadapnya. Pada masa yang sama, tidak ada satu pun isyarat menjual atau membeli yang terbentuk pada hari ini. Harga gagal mencapai tahap yang tersedia. Oleh itu, pedagang baru seharusnya tidak membuka tawaran ddagangan pada hari ini. Dan adalah lebih baik, kerana dengan volatiliti pasaran yang hanya 25 mata, adalah sangat berbahaya untuk berdagang pasangan mata wang ini. Ia dipenuhi dengan pembentukan isyarat dan kerugian palsu.

Tips dagangan untuk hari Jumaat:

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyelesaikan pergerakan menurun dalam carta 30 minit, tetapi sehingga kini, ia tidak dapat memulakan pergerakan menaik yang baru. Semalam, terdapat dorongan menaik kecil yang dipacu oleh laporan inflasi AS, tetapi langkah ini berakhir dengan sangat cepat. Pada masa ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa trend kenaikan baru telah bermula. Oleh itu, secara formal, pedagang kini dapat mempertimbangkan isyarat kemasukan membeli dari indikator MACD, tetapi harus diingat bahawa volatiliti pasangan mata wang EUR/USD tetap rendah, dan tidak ada pergerakan arah aliran. Oleh itu, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk menunggu pergerakan harga menjadi lebih kuat. Pada carta 5 minit, anda disarankan untuk berdagang dari tahap 1.1689, 1.1710, 1.1752 (1.1756), 1.1802. Take Profit, seperti sebelumnya, ditetapkan pada jarak 30-40 mata. Stop Loss - ke titip pulang modal apabila harga bergerak ke arah yang tepat sebanyak 15-20 mata. Pada carta 5M, sasaran mungkin terletak pada tahap paling hampir jika tidak terlalu dekat atau terlalu jauh. Sekiranya sedemikian - maka anda harus bertindak mengikut keadaan. Pedagang baru tidak akan memberikan sebarang perhatian pada hari Jumaat. Tidak akan ada penerbitan dan acara makroekonomi penting yang dijadualkan pada 13 Ogos.

Pada carta:

Tahap Sokongan dan Rintangan adalah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit hampir ke tahap ini. Garis merah adalah saluran atau garis arah yang menunjukkan arah aliran semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.

Anak panah atas/bawah menunjukkan di mana anda harus membuka pesanan menjual atau membeli setelah mencapai atau menembusi tahap tertentu. Petunjuk MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila ditembusi, ini adalah isyarat untuk anda memasuki pasaran. Sebaiknya gunakan petunjuk ini dalam kombinasi dengan garis aliran (saluran dan garis aliran).

Pengumuman penting dan laporan ekonomi utama yang selalu anda dapati dalam kalendar berita boleh mempengaruhi arah pergerakan pasangan mata wang dengan serius. Oleh itu, sewaktu pengumuman laporan, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang ketara.

Pedagang baru dalam pasaran Forex harus ingat bahawa tidak semua dagangan adalah menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang yang baik adalah kunci kepada kejayaan dagangan dalam jangka masa panjang.