Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:
Semalam, pada separuh pertama hari pertama, mata wang tunggal gagal untuk meningkat lebih tinggi walaupun terdapat data yang kukuh mengenai Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan Zon Eropah. Laporan jualan runcit di zon eropah umpama mencurah minyak ke dalam api kerana angka itu mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding jangkaan ahli ekonomi. Mari kita lihat carta 5 Minit dan ketahui apa yang telah berlaku. Menurut carta, jelas kelihatan bagaimana alirna menaik kembali menguasai tahap 1.1855 (saya menekankannya pada ramalan sebelah pagi). Sekiranya pasangan mata wang euro/dolar AS mengukuh pada tahap ini, ini akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli, yang menyebabkan kenaikan pasangan mata wang pada awal sesi dagangan sebanyak 40 pips. Walau bagaimanapun, aliran menaik tidak bertahan lama. Laporan PMI Perkhidmatan yang kuat telah mendorong euro tetapi adalah tidak mungkin untuk mendapatkan isyarat yang jelas untuk memasuki pasaran. Hanya pada pertengahan sesi dagangan AS, setelah aliran menurun menguji tahap 1.1844, isyarat penjualan dibentuk. Namun, pasangan mata wang ini tidak turun dengan ketara walaupun euro masih disokong pada saat penulisan artikel ini. Hari ini, pedagang menjangkakan mesyuarat dasar monetari Bank of England (BoE). Hasilnya mungkin mempengaruhi arah pergerakan pasangan mata wang EUR/USD. Memandangkan kenaikan harga adalah perlahan tetapi pasti kehilangan kawalan, pasangan mata wang ini cenderung untuk kembali diniagakan ke tahap rintangan 1.1844. Moving Average (MA) berada di atas tahap ini. Kecondongan menurun dapat dilihat sebagai tanda penurunan. Hanya penembusan harga pada tahap ini dan pembalikannya dari atas ke bawah akan menunjukkan pesanan memeli kerana harga boleh pulih ke tahap rintangan 1.1869. Sekiranya sedemikian, sasaran seterusnya adalah tahap tinggi mingguan 1.1898 di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan. Jumlah pesanan menjual boleh turun dengan ketara jika pasangan mata wang mencapai tahap yang dinyatakan. Sekiranya sedemikian, euro cenderung untuk mendapatkan semula momentum menaik. Malah berpotensi untuk mencapai tahap 1.1937. Sekiranya penurunan pasangan mata wang EUR/USD diteruskan dalam sesi dagangan Eropah, para pedagang disarankan untuk tidak membuka pesanan membeli. Hanya penembusan harga palsu dari tahap 1.1822 yang akan menghasilkan pembentukan titik kemasukan baru untuk pesanan membeli di pasaran. Pasangan mata wang ini juga mungkin menunjukkan pembetulan menaik yang kecil dalam sehari. Sekiranya ini tidak berlaku, maka adalah lebih baik untuk menunggu penurunan harga ke tahap rendah 1.1799 atau membuka pesanan membeli sejurus selepas lantunan semula harga dari tahap 1.1774, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 15-20 pips sehari.
Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:
Penurunan harga berjaya mendorong pasangan mata wang ini ke posisi terendah baru semalam walaupun ia telah mencapai tahap tinggi mingguan sebelumnya. Perdagangan juga dilakukan di bawah Moving Average (MA), yang menunjukkan sedikit kelebihan pada aliran menurun. Pada separuh pertama hari ini, arah pergerakan pasangan mata wang EUR/USD akan bergantung kepada sama ada ia dapat turun ke tahap rintangan 1.1844. Pembentukan breakout palsu akan menjadi isyarat untuk membuka pesanan menjual kerana pembetulan menurun seterusnya ke tahap sokongan 1.1822 mungkin berlaku. Sasaran seterusnya adalah penembusan dan penurunan harga ke tahap rendah 1.1799. Sasaran seterusnya terletak pada tahap 1.1774 di mana pedagang disyorkan untuk menetapkan keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD terus meningkat tetapi gagal untuk mencapai tahap 1.1844, maka adalah lebih baik menahan diri daripada membuka pesanan menjual sehingga pasangan mata wang ini menguji tahap rintangan 1.1869. Pedagang juga berpeluang untuk membuka pesanan menjual di sana hanya setelah penembusan harga palsu dibuat. Disarankan kepada para pedagang untuk menjual pasangan mata wang EUR/USD hanya dari tahap tinggi 1.1898, bertaruh pada pembetulan menurun sebanyak 15-20 pips.Laporan COT
Laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 27 Julai menunjukkan penurunan permintaan untuk aset yang lebih berisiko. Pesanan membeli menurun dan pesanan menjual meningkat, yang menyebabkan penurunan lain dalam kedudukan bersih positif keseluruhan. Hasil mesyuarat Federal Reserve secara tidak langsung mempengaruhi arah pergerakan euro. Namun, melihat kepada pendirian Fed untuk tunggu dan lihat, dolar AS melemah dengan ketara. Laporan KDNK AS dan EU agak berbeza. Di AS, indikator lebih rendah daripada nilai ramalan, sementara di zon eropah, bacaan ternyata mencatatkan angka yang lebih baik berbanding ramalan. Euro pasti memanfaatkan data ini. Walau bagaimanapun, data ini tidak diambil kira dalam laporan COT semasa, oleh itu, kelihatan keseimbangan daya untuk penurunan harga. Laporan COT menunjukkan bahawa kedudukan membeli bukan komersial menurun dari tahap 208,669 ke tahap 202,245, sementara kedudukan menjual bukan komersial meningkat dari tahap 162,847 ke tahap 164,119. Hanya pada akhir minggu ini, laporan makrososmik baru akan dijelaskan. AS akan mengeluarkan laporan Gaji Bukan Perladangan, yang pasti akan mempengaruhi pasangan mata wang EUR/USD. Sekiranya angka itu ternyata positif, dolar AS cenderung untuk meningkat. Sementara itu, Federal Reserve berpendapat bahawa pasaran buruh pulih dengan perlahan. Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial jatuh dari tahap 45,822 ke tahap 38,126. Walau bagaimanapun, harga penutupan mingguan sedikit meningkat dari tahap 1.1791 hingga 1.1804.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang EUR/USD kini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kekuatan penurunan harga.
Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.
Bollinger Bands
Sekiranya pasangan mata wang ini mengukuh, sempadan atas indikator pada tahap 1.1880 akan bertindak sebagai rintangan. Sekiranya pasangan mata wang ini menurun, maka sempadan bawah sekitar tahap 1.1815 akan bertindak sebagai sokongan.
Huraian Indikator:
Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.
Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.
Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
Kedudukan membeli (beli) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
Kedudukan menjual (jual) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.