Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 4 Ogos, 2021

Carta pasangan mata wang EUR/USD, Carta 1 Jam:

Carta 1 Jam menunjukkan struktur dalaman gelombang 4, yang merupakan sebahagian daripada pembetulan jangka panjang pada pasangan mata wang EUR/USD.

Seperti yang dapat diperhatikan pada grafik, sub-gelombang bearish impulse [C] kelima dilihat mempunyai corak pepenjuru, dan setelah berakhir, pasaran berubah dan harga mula mengukuh semula. Ini menunjukkan bahawa gelombang kenaikkan sedang membangun, dan berkemungkinan besar akan mempunyai lima bahagian. Tetapi setakat ini hanya dua yang terbentuk dan ia diklasifikasikan sebagai sub-gelombang [1] dan [2].

Sub-gelombang [1] juga mempunyai corak pepenjuru, sementara sub-gelombang (2) mempunyai struktur zigzag. Sekiranya pasangan mata wang ini meningkat ke tahap 1.1975 dalam beberapa hari yang akan datang, maka sub-gelombang (3) akan terbentuk.

Titik penting lain yang dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD adalah pengumuman berita penting dari Amerika Syarikat. Sebanyak tiga buah laporan dijadualkan akan diterbitkan pada hari ini, dan kesemuanya berpotensi untuk mendorong kepada pergerakan harga yang kuat dan pecutan trend. Berikut adalah senarai laporan penting yang akan dikeluarkan iaitu laporan pekerjaan sektor swasta AS, inventori minyak mentah dan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) perkhidmatan di Amerika Syarikat.