Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 4 Ogos, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Satu isyarat untuk pesanan membeli muncul di pasaran pada hari Selasa, walau bagaimanapun, ia harus diabaikan kerana isyarat ini muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Sementara itu, isyarat menjual yang mengikutinya berjaya mendorong penurunan harga, yang kemudiannya menghasilkan isyarat lain untuk kemasukan pesanan membeli di pasaran. Kali ini, garis MACD berada di kawasan terlebih belian (oversold), tetapi pasangan mata wang EUR/USD masih gagal untuk mengukuh.

Percubaan yang tidak berjaya ini berlaku sebelum pengumuman laporan PPI EU dikeluarkan, yang mana ia telah mencatatkan bacaan lebih baik daripada yang dijangkakan, didorong oleh pemulihan harga tenaga yang kuat. Walau bagaimanapun, laporan mengenai pesanan pengilangan Amerika Syarikat (AS) telah mengembalikan pasaran di bawah kawalan kenaikan harga dolar, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini jatuh lagi.

Hari ini, pergerakan pasaran akan bergantung kepada laporan yang akan dikeluarkan dari zon Eropah dan Amerika Syarikat. Kedua-duanya akan mengeluarkan data terbaru mengenai Indeks Pengurus Pembelian (PMI) komposit, tetapi AS mempunyai laporan tambahan, iaitu data pekerjaan untuk sektor swasta AS. Sekiranya statistik dari AS ternyata lebih baik daripada yang dijangkakan, permintaan dolar AS akan meningkat, sekaligus akan menyebabkan penurunan pasangan mata wang EUR/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1887 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1935. Permintaan akan meningkat sekiranya zon Eropah menerbitkan laporan PMI perkhidmatan yang positif. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Mungkin juga untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1857 dan 1.1815, tetapi garis indikator MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk menghasilkan pembalikan pasaran ke tahap 1.1887.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1857 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1815. Penurunan harga akan berlaku sekiranya zon Eropah mengeluarkan laporan ekonomi yang lemah. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

Pedagang juga boleh membuka pesanan menjual pada tahap 1.1887 dan 1.1935, tetapi garis MACD mesti berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1857.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Satu isyarat menjual muncul di pasaran pada hari Selasa, tetapi mengejutkan ia tidak mendorong kepada penurunan harga yang ketara walaupun garis MACD tidak berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold). Nampaknya, indikator di bawah sifar sudah menghadkan potensi penurunan pada pasangan mata wang GBP/USD.

Juga, kebanyakan pelabur berdagang dengan berhati-hati di pasaran kerana mereka tidak mahu kehilangan keuntungan menjelang pengumuman keputusan dasar Bank of England pada hari Khamis. Walau bagaimanapun pada hari ini, mungkin terdapat pergerakan harga kuat yang disebabkan oleh laporan PMI UK dan AS akan datang, serta data untuk sektor swasta AS. Sekiranya AS mencatatkan ngka yang lebih baik berbanding ramalan, maka permintaan untuk mata wang dolar AS akan meningkat, yang akan menyebabkan penurunan harga pada pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3937 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3975 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD cenderung untuk meningkat lebih tinggi jika UK menerbitkan data yang baik mengenai sektor perkhidmatan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3908 dan 1,3846, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold) untuk memulakan pembalikan pasaran ke tahap 1.3937.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3908 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3846. Penurunan harga akan berlaku sekiranya UK mencatatkan bacaan yang tidak memberangsangkan dalam laporan PMI komposit. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3937 dan 1.3975, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk memacu pembalikan pasaran ke tahap 1.3908.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.