Analisis Gelombang Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 29 Julai, 2021

Pasangan Mata Wang EUR/USD, Carta 4 Jam

Impulsif penurunan harga [C] pada pasangan mata wang EUR/USD, yang terdiri dari sub-gelombang (1)-(2)-(3)-(4)-(5), kelihatan seperti akan berakhir.

Terdahulu, dapat dirumuskan bahawa impulsif ini belum berakhir dan akan ada pergerakan menuju ke tahap 1.175. Namun, pasaran bergerak naik lebih cepat dari yang diramalkan, oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk mengandaikan bahawa trend kenaikan baru telah bermula.

Dan oleh kerana akan ada banyak berita penting pada hari ini, seperti data mengenai tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat (AS), pergerakan harga yang lebih kuat mungkin berlaku di pasaran. Kemungkinan besar, arahnya akan menaik, tetapi sebelum itu mungkin berlaku penurunan singkat ke taap 1.175, dan ia kemudiannya akan diikuti dengan kesinambungan pertumbuhan harga.

Oleh itu, dalam dagangan jangka sederhana, pasaran akan dikuasai oleh kenaikan harga, tetapi dalam jangka pendek mungkin terjadi penurunan harga yang cepat. Dalam kes seperti itu, adalah lebih baik jika mengekalkan pesanan membeli yang telah ditetapkan, atau meletakkan had beli pada tahap 1.175.

Semoga berjaya!