Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 23 Jun, 2021

Pasangan Mata Wang EUR/USD

Euro mengakhiri dagangan dengan kenaikan 22 mata pada hari Selasa. Pagi ini, harga diramalkan akan turun, Marlin Oscillator pada carta harian mulai menurun.


Secara luaran, harga kelihatan dalam keadaan neutral dan ini adalah sebabnya - pelabur menunggu pengumuman laporna Indeks Pengurus Pembelian zon Eropah dan Amerika Syarikat untuk bulan ini dan penjualan rumah baru di Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mei. Data tersebut diramalkan akan mencatatkan bacaan bercampur-campur, jadi pelabur tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan yang berjaya. Walaupun begitu, menurut sistem garis petunjuk kami, harga tidak seharusnya (bersyarat) kembali ke garis MACD (1.2070) dalam waktu terdekat, tahap 1.1705 masih menjadi sasaran.


Harga meningkat di sepanjang garis isyarat 1.1926 pada carta empat jam, tetapi garis ini nampaknya tidak sesuai di sini, malah harga langsung tidak mengendahkannya. Seperti semalam, kebarangkalian garis MACD berfungsi di kawasan tahap 1.1984 masih ada. Marlin Oscillator berada dalam keadaan neutral. Pergerakan harga di bawah tahap sasaran 1.1855 akan membuka jalan untuk pasangan mata wang menuju ke tahap sasaran 1.1705.