Analisis indikator Ichimoku cloud pada Emas untuk minggu yang berakhir pada 24 Jun 2022.

Harga emas terus didagangkan di bawah tekanan dan walaupun Dolar AS melemah, ia berprestasi rendah berbanding ekuiti. Kami menggunakan indikator Ichimoku cloud untuk mengenal pasti tahap rintangan dan sokongan utama serta arah yang berpotensi yang kami jangkakan minggu ini bermula 27 Jun 2022. Emas kekal dalam aliran menurun kerana harga berada di bawah Harian Kumo (cloud). Harga juga di bawah tenkan-sen (indikator garis merah) dan kijun-sen (indikator garisan kuning). Rintangan oleh kedua-dua indikator ini adalah pada kawasan $1,830-40. Harga terdedah kepada lebih banyak penurunan minggu ini selagi harga berada di bawah kawasan rintangan ini. Sokongan ditemui pada kawasan $1,800 dan aliran menaik perlu mempertahankannya. Isyarat kenaikkan akan datang apabila dan jika harga menembusi di atas Harian Kumo. Sehingga itu kita kekal pesimis.