Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap inflasi telah membawa para pelabur kembali ke logam berharga. Hakikatnya, pada bulan ini, emas telah meningkat lebih dari 5%, sementara perak meningkat lebih dari 8%.
Selain itu, rangsangan secara besar-besaran memasuki ekonomi AS adalah penukar permainan untuk pasaran, berikutan daripada berita seperti itu mengurangkan permintaan untuk dolar AS.
Oleh demikian, sejak bulan Mac, emas meningkat hampir AS$ 200, sementara perak berharga lebih dari AS$ 5. Ini adalah kenaikan yang sangat ketara untuk kedua-dua logam, susulan daripada kedua-duanya logam tersebut berada di pasaran menurun sepanjang suku pertama.
Inflasi yang semakin meningkat juga mendorong harga komoditi lebih tinggi, kata Colin Cieszynski, ketua strategi pasaran di SIA Wealth Management.
Tetapi sekiranya pertumbuhan ekonomi juga adalah perlahan, apatah lagi kadar pengangguran yang tetap tinggi, naratifnya mungkin berubah menjadi stagflasi, menurut pakar logam berharga Gainesville Coins, Everett Millman.
Persekitaran makro hari ini sudah mulai menyerupai tahun 1970, tempoh satu dekad apabila harga emas dan perak melonjak tinggi.
Dan semasa emas menguat, penurunan ketara dalam pasaran krypto juga diperhatikan. Sejak tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Bitcoin telah mencuri perhatian pelabur dari sudut emas, sehingga dapat bertahan pada tahun ini.
Kini, emas adalah overbought, dan menurut Cieszynski risikonya adalah apabila semua orang membuat pengambilan keuntungan, terutama jika kedudukan mereka sekitar AS$ 1,700.
Risiko lain adalah apabila hasil Perbendaharaan 10 tahun mulai meningkat sekali lagi, bersama dengan masalah inflasi. Hasil mesti menurun supaya emas secara terus meningkat. Kejadian geopolitik juga akan memainkan peranan penting dalam pasaran logam.