Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 19 Mei, 2021. Laporan COT

Pasangan Mata Wang GBP/USD - Carta 1 Jam.

Salam sejahtera pedagang yang dikasihi! Merujuk kepada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD meningkat ke Penarikan Semula 200% pada tahap 1.4216 dan ia kemudiannya diterbalikkan. Pedagang kini boleh menjangkakan kejatuhan pasangan mata wang ini ke tahap Fibo 161.8% pada 1.4136. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku penyatuan di atas Penarikan Semula 200%, trend menaik akan kembali menguasai pasaran semula, dan harganya boleh naik hingga ke Penarikan Semula 261.8% pada tahap 1.4344. Sementara itu, di Amerika Syarikat (AS), rundingan rangsangan sedang berlangsung di antara Parti Demokrat dan Republikan. Presiden AS, Joe Biden mencadangkan dua rancangan bernilai $4 trilion sekaligus. Kedua-dua pakej akan dibiayai oleh cukai yang lebih tinggi untuk rakyat Amerika yang kaya, serta kenaikan cukai syarikat. Perundangan ini, serta kenaikan cukai, harus dipersetujui oleh ahli Kongres. Republikan menentang cukai yang lebih tinggi. Parti itu bersedia untuk menyetujui hanya sekiranya pakej infrastruktur bernilai $800 bilion. Pada masa yang sama, Republikan tidak mempunyai suara majoriti dalam Kongres. Oleh itu, kedua-dua rancangan rangsangan ini mungkin akan dipersetujui. Walaupun begitu, kedua-dua pihak masih meneruskan rundingan, dan keputusannya akan segera diketahui. Sementara itu, angka pengangguran di United Kingdom menurun seiring dengan jumlah pemohon faedah pengangguran, menyokong pertumbuhan pound.

Pasangan Mata Wang GBP/USD - Carta 4 Jam.

Pada carta 4 Jam, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah melantun dari tahap 1.4003. Harga telah bergerak lebih tinggi dalam koridor menaik sejak daripada itu. Koridor ini menunjukkan sentimen kenaikkan harga di pasaran. Pedagang boleh menjangkakan pertumbuhan dolar AS sekiranya harga mengukuh di bawah koridor menaik.

Pasangan Mata Wang GBP/USD - Carta Harian.

Menurut carta harian, pasangan mata wang ini bergerak di sepanjang garis trend. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ditutup di bawah garis ini, trend akan berubah. Kemudian, sebut harga cenderung untuk mula jatuh ke Penarikan Semula 100.0% pada tahap 1.3513. Sehingga itu, harga boleh meningkat ke Penarikan Semula 161.8% pada tahap 1,4812.

Pasangan Mata Wang GBP/USD - Carta Mingguan.

Carta mingguan menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD telah mengukuh di atas garis aliran menurun kedua. Pasangan mata wang ini cenderung bergerak lebih tinggi dalam dagangan jangka panjang.

Kesimpulan:

Pada Selasa, satu siri data mengenai pengangguran dan pendapatan dijadualkan akan diterbitkan di UK. Hasil bacaan menyokong pertumbuhan pound. Ucapan Gabenor Andrew Bailey tidak memberikan maklumat baru untuk pedagang.

Kalendar ekonomi:

CPI dan penjualan runcit UK dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Di AS, Minit mesyuarat FOMC akan diterbitkan.

Laporan komitmen pedagang (COT):

Laporan COT pada 4 Mei yang mendedahkan bahawa sentimen spekulatif kenaikan harga telah menurun. Laporan pada 11 Mei mencatatkan peningkatan mendadak dalam pesanan pembelian pedagang bukan komersial. Bacaan meningkat 15,059, sementara kontrak penjualan meningkat 6,058. Hasilnya, sentimen spekulatif kenaikkan harga meningkat dengan ketara. Secara keseluruhan, laporan COT menunjukkan bahawa trend kenaikan harga GBP/USD cenderung untuk diteruskan.

Ramalan Dagangan untuk Pasangan Mata Wang GBP/USD:

Pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD boleh dipertimbangkan dengan sasaran terletak pada tahap 1.4240 kerana harga telah pulih dari 1.4003 pada carta 4 Jam. Di samping itu, anda boleh membuka pesanan membeli setelah harga menutup di atas tahap 1.4216 pada carta 1 Jam, dengan sasaran terletak pada 1.4344. Pesanan menjual boleh dipertimbangkan jika pasangan mata wang ini ditutup di bawah garis aliran menaik pada carta 1 Jam. Sasaran disasarkan pada tahap 1.3959.

ISTILAH:

Pedagang bukan komersial adalah pelaku pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, pelabur swasta dan besar.

Pedagang komersial adalah perusahaan komersial, firma, bank, perusahaan, syarikat yang membeli mata wang bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan semasa atau operasi eksport-import.

Kedudukan yang tidak dilaporkan adalah pedagang kecil yang tidak memberi kesan yang signifikan terhadap harga.