Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang EUR/USD telah didagangkan di dalam zon kenaikan harga, walau bagaimanapun, bergerak lebih rendah daripada tahap unjuran sasaran selepas ia dicapai. Momentum yang kuat dan positif menyokong tinjauan kenaikkan jangka pendek untuk Euro, namun kitaran pembetulan ABC untuk kenaikan harga kelihatan selesai selepas tahap 1.0731 iaitu Lanjutan Fibonacci 127% telah dipukul dan ditembusi. Sokongan teknikal segera terletak pada tahap 1.0654 dan 1.0631 (tahap rintangan sebelumnya) dan jika tahap ini jelas ditembusi, pembetulan mungkin akan ditamatkan.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.0888
WR2 - 1.0735
WR1 - 1.0635
Pivot Mingguan - 1.0526
WS1 - 1.0448
WS2 - 1.0311
WS3 - 1.0227
Gambaran Dagangan:
Pasaran masih dikawal oleh penurunan harga yang menolak jauh ke bawah tahap 1.0639, oleh yang demikian, penembusan harga di atas tahap ini adalah satu kemestian untuk kenaikan harga untuk pembalikan arah aliran jangka panjang. Arah aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.1186 hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.0726, jika tidak penurunan harga akan menolak harga lebih rendah ke arah sasaran jangka panjang seterusnya pada tahap 1.0336 atau lebih rendah lagi.