Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari paras terendah yang dilihat pada tahap 1.0349 minggu lepas dan terus bergerak lebih tinggi. Pada masa ini, kenaikan harga telah menembusi di atas rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.0532 (kini sokongan urusniaga harian) dan sedang menuju ke arah zon pasaran neutral yang terletak di antara tahap 1.0631 - 1.0654. Sebarang penembusan zon ini akan mengubah tinjauan jangka pendek kepada lebih menaik kerana pasaran akan memasuki zon menaik. Momentum yang kukuh dan positif menyokong tinjauan kenaikan harga jangka pendek untuk Euro.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.0888
WR2 - 1.0735
WR1 - 1.0635
Pivot Mingguan - 1.0526
WS1 - 1.0448
WS2 - 1.0311
WS3 - 1.0227
Tinjauan Dagangan:
Pasaran masih dikawal oleh penurunan harga yang menolak jauh ke bawah tahap 1.0639, jadi penembusan di atas tahap ini adalah satu keperluan kenaikan harga untuk pembalikan arah aliran jangka panjang. Arah aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.1186 hanya sekiranya senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.0726, jika tidak penurunan harga akan menolak harga lebih rendah ke arah sasaran jangka panjang seterusnya pada tahap 1.0336 atau ke bawah.