Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 10 Mac. Jerome Powell dan Janet Yellen tidak panik mengenai peningkatan hasil Perbendaharaan. Dolar mungkin mula jatuh.

Carta masa 4-jam

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah - menurun.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah - menurun

Moving Average (20; smoothed) - menurun.

CCI: -63.1285

Pasangan mata wang EUR/USD memulakan pembetulan yang telah lama ditunggu-tunggu pada hari perdagangan kedua minggu baru. Atau ia telah menyelesaikan pembetulan dalam dagangan trend menaik jangka panjang. Senario bergantung pada sisi mana anda melihatnya. Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah bahawa harga pasangan mata wnag EUR/USD berterusan menurun dan membetulkan semula selama 2 minggu. Pada masa yang sama, sebagai contoh, pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan suasana menurun yang jauh lebih terkawal. Walaupun begitu, nampaknya faktor-faktor yang mendorong pertumbuhan dolar AS adalah sama. Mata wang euro jatuh dengan kuat, dan pound kekal hampir ke paras tertinggi 2.5 tahun. Selain itu, jika kita memperhitungkan keseluruhan trend yang bermula setahun yang lalu, dan di mana mata wang Eropah tumbuh 17 sen berbanding dolar, sekarang kita melihat pembetulan biasa terhadap trend ini. Dan ekoran daripada peningkatan itu sendiri mengambil masa sekitar 10 bulan, pembetulan ke bawah mungkin memakan waktu tiga atau empat bulan, yang mana hanya dua yang berlalu. Oleh itu, jika kita menganalisis carta masa yang paling senior (lama), trend menaik tidak akan dibatalkan dan dapat disambung semula pada bila-bila masa. Sekiranya kita mempertimbangkan faktor-faktor asas global, maka penurunan harga mata wang AS harus berlanjutan pada tahun 2021. Kami telah berulang kali menganalisis penunjuk tersebut mengenai penawaran wang di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, yang memungkinkan kita menyimpulkan bahawa skala berubah secara berlebihan ke arah dolar. Ringkasnya, penawaran wang di Amerika Syarikat telah meningkat secara berlebihan sepanjang tahun lalu, dan tempoh yang sama di Kesatuan Eropah - hanya 10-15%. Oleh itu, jumlah dolar di dunia menjadi biasa, yang telah merugikan kadar pertukaran dolar. Berdasarkan semua perkara di atas dan fakta bahawa sekurang-kurangnya AS$ 2 trilion lagi akan disuntik ke dalam ekonomi AS pada tahun 2021, yang menyebabkan trend menaik akan disambung semula dalam satu atau dua bulan ke depan. Kembali ke carta masa (TF) 4 jam, kita dapat menyimpulkan bahawa sekarang pasangan akan mulai naik dan mungkin melonjak hingga 200-300 mata, setelah itu satu lagi putaran pergerakan ke bawah mungkin menyusul. Walau bagaimanapun, dari segi global, gambaran teknikalnya masih belum berubah.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Janet Yellen jauh lebih tenang mengenai semua yang berlaku dalam ekonomi AS berbanding pelabur dan pedagang. Sebagai contoh, Yellen tidak bimbang akan kenaikan hasil bon kerajaan. Sebelumnya, ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell menunjukkan perasaan yang sama. Yellen percaya bahawa ekonomi tidak akan menjadi terlalu panas (overheated), dan inflasi tidak akan terlalu tinggi, walaupun sejumlah trilion dolar dimasukkan disuntik ke dalam ekonomi Amerika untuk tahun kedua. Menurut Menteri Kewangan, pakej rangsangan baru, yang telah disetujui oleh Senat, akan menyebabkan tindakan keras terhadap inflasi dan menyumbang kepada pemulihan sektor ekonomi. Yellen juga menyatakan bahawa walaupun inflasi mulai meningkat dengan kuat, pemerintah dan Fed mempunyai kaedah dan alat yang cukup untuk menahannya. Perlu diingatkan bahawa pertumbuhan hasil perbendaharaan Amerika berlaku hanya dengan latar belakang kebimbangan pelabur mengenai pertumbuhan inflasi pada masa akan datang, yang akan "memakan" semua keuntungan bon. Memandangkan sejumlah trilion dolar yang sama telah dicurahkan ke dalam ekonomi, menunggu inflasi meningkat adalah keputusan yang logik. Powell dan Yellen tidak menyembunyikan fakta bahawa semuanya sedang dilakukan untuk menyebarkan inflasi, yang menurut para pemodal utama AS akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas. Oleh itu, program rangsangan kuantitatif yang sedang dijalankan oleh Fed mula akan berkurangan hanya apabila inflasi melebihi 2.0% dan akan kekal pada tahap ini untuk waktu yang lebih kurang masa yang panjang. Pada masa ini, inflasi dari segi tahunan adalah 1.4%. Dan untuk mengatakan bahawa ia mempercepat pada kadar yang tinggi belum dapat dilakukan. Oleh itu, pengurangan jumlah program QE tidak dijangka dalam tempoh masa terdekat. Juga, perlu diingatkan bahawa pegawai atasan Amerika Syarikat sangat mementingkan keadaan pasaran buruh. Dan dasar monetari tidak mungkin diperketat sehingga tahap pengangguran dan pekerjaan mencapai atau bahkan mendekati tahap sebelum krisis.

Kembali ke perbendaharaan AS, yang dipersalahkan oleh ramai penganalisis dan pedagang untuk kenaikan dolar dalam tempoh beberapa minggu terakhir, hasil mereka turun sedikit pada hari Selasa. Secara rasmi, kita juga dapat menyimpulkan bahawa penurunan ini menyebabkan kejatuhan mata wang AS berbanding euro dan dolar. Namun, kami masih percaya bahawa hasil perbendaharaan 10 tahun, jika ia memberi kesan kepada pasaran, bukan satu-satunya faktor yang melakukannya. Dan itu tentunya bukan pengaruh jangka panjang terhadap dolar. Kami telah menganalisis keluk hasil bon AS lebih dari sekali dan menyimpulkan bahawa dalam kebanyakan kes, kenaikan hasil tidak membawa kepada pertumbuhan dolar. Walau bagaimanapun, kami masih menganggap bahawa faktor ini mempunyai kesan tertentu terhadap mata wang AS. Pada tahun lalu, harga saham, mata wang kripto, dan juga mata wang boleh dipengaruhi oleh faktor yang akan ditertawakan oleh mana-mana pedagang pada beberapa tahun yang lalu. Catatan dalam komuniti Reddit, tweet Elon Musk, pengaruh lemah faktor makroekonomi - inilah realiti tahun 2020-2021. Oleh itu, jika kebanyakan pedagang percaya bahawa semakin tinggi hasil perbendaharaan, semakin banyak dolar yang perlu anda beli, maka corak ini mungkin akan berfungsi untuk seketika.

Dari segi teknikal, trend menurun pada carta masa 4 jam masih dikekalkan, dan jika penurunan harga berjaya mengekalkan pasangan di bawah Moving Average, pergerakan menurun mungkin akan disambung pada minggu ini. Tetapi kita cenderung pada pilihan dengan pergerakan ke atas kerana kita tidak terlalu percaya pada keteraturan pertumbuhan dolar berdasarkan pertumbuhan hasil perbendaharaan.

Volatiliti pasangan mata wang EUR/USD pada 10 Mac adalah 86 mata dan disifatkan sebagai "tinggi". Oleh itu, kami menjangkakan pasangan bergerak hari ini antara tahap 1.1804 dan 1.1976. Pembalikan indikator Heiken Ashi ke bawah menandakan kesinambungan semula pergerakan menurun.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.1841

S2 – 1.1780

S3 – 1.1719

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.1902

R2 – 1.1963

R3 – 1.2024

Cadangan dagangan:

Pasangan mata wang EUR/USD mula menyelaraskan dalam trend menurun. Oleh itu, hari ini adalah disarankan untuk membuka kedudukan pendek (menjual) baru dengan sasaran 1.1841 dan 1.1804 setelah indikator Heiken Ashi menurun atau selepas lantunan semula dari moving average. Adalah disarankan untuk mempertimbangkan pesanan membeli jika pasangan tetap di atas moving average, dengan sasaran pertama 1.2024.