Analisis harian Bitcoin

Bitcoin diniagakan sekali lagi di bawah tahap $40,000. Harga bergerak ke tahap tinggi baharu hari ini berbanding julat dagangan semalam. Walau bagaimanapun, alirna menaik tidak dapat mengekalkan dagangan di atas tahap $40,000 untuk tempoh yang lama. Harga sekali lagi berada di bawah tekanan dan sempadan saluran sedang diuji.

Garis biru- saluran condong menaik

Bitcoin berada berhampiran sempadan saluran menurun. Kegagalan untuk mengukuh di atas tahap $38,000 akan menjadi petanda kelemahan dan penjualan baharu boleh timbul. Bitcoin kemudiannya akan terdedah kepada pergerakan ke arah tahap $30,000. Jika aliran menaik berjaya mempertahankan $38,000-$39,000 kita boleh melihat satu lagi percubaan untuk mencapai sempadan saluran atas berhampiran tahap $50,000. Trend dalam Bitcoin tidak jelas sejak beberapa bulan lalu kerana kebanyakannya harga bergerak dalam aliran mendatar.