Analisis transaksi dalam pasangan mata wang EUR/USD
Tiga isyarat muncul di pasaran semalam, tetapi hanya satu daripadanya yang menguntungkan. Ini kerana pada isyarat membeli pertama pada tahap 1.2100, garis MACD berada di zon negatif, sehingga menunjukkan bahawa tindakan ini tidak betul. Namun, pada ujian kedua tahap ini, MACD akhirnya kembali ke zon positif. Namun, pergerakan menaik yang berlaku tidak sekuat yang dijangkakan. Kemudian, pada sebelah petang, isyarat menjual pada tahap 1.2069 dibentuk, tetapi garis MACD berada di zon oversold sehingga tindakan itu harus diabaikan sekali lagi.
Cadangan perdagangan untuk 4 Mac
Laporan terkini mengenai ekonomi EU menyebabkan pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD, walaupun beberapa petunjuk mempunyai data yang lebih lemah berbanding yang dijangkakan.
Hari ini, satu lagi laporan akan dikeluarkan, tetapi kali ini mengenai jumlah perdagangan runcit dan kadar pengangguran di EU. Data mengenai tuntutan pengangguran AS dan produktiviti pekerja juga akan diterbitkan, tetapi kebanyakan akan memperhatikan penyataan Rizab Persekutuan mengenai kadar faedah dan peningkatan hasil bon. Kemungkinannya, ini akan menyebabkan pengukuhan dolar, yang akan mengakibatkan penurunan pasangan mata wang EUR/USD.
Untuk kedudukan panjang (membeli):
Melaksanakan kedudukan membeli euro apabila harga mencecah 1.2068 (garis hijau pada carta), dan kemudian Take Profit sekitar tahap 1.2119. Pasangan mata wang EUR/USD akan diperdagangkan secara menaik sekiranya laporan dari EU adalah lebih baik berbanding yang dijangkakan.
Tetapi perlu diingatkan bahawa sebelum membeli, garis MACD harus berada di atas sifar dan mula bergerak menaik darinya.
Untuk kedudukan pendek (menjual):
Melaksanakan kedudukan menjual euro setelah harga mencecah 1.2044 (garis merah pada carta), dan kemudian Take Profit pada tahap 1.1994. Tekanan terhadap euro boleh kembali sekiranya penyataan dari Rizab Persekutuan menyokong dolar AS.
Tetapi sebelum menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak menurun darinya.
Apakah yang terdapat di carta:
Garis hijau nipis adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan panjang (membeli) pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah tipis adalah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan pendek pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka selalu buat Stop Loss untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat Stop Loss, anda boleh kehilangan seluruh deposit anda dengan cepat, terutamanya sekiranya anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah yang banyak.
Dan perlu diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan yang tidak dirancang tetliti berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang tidak asing bagi pedagang harian.
Analisis transaksi dalam pasangan mata wang GBP/USD
Tiga isyarat muncul di pasaran semalam, namun hanya dua daripadanya hasil positif. Yang pertama adalah menjual pound pada tahap 1.3944, tetapi ia harus diabaikan kerana garis MACD, pada masa itu, berada di zon oversold. Sementara itu, kedua isyarat membeli pada tahap 1.3974 adalah berjaya, kerana setiap kali euro menguji tahap, garis MACD berada di zon positif, membentuk titik kemasukan yang mudah untuk kedudukan membeli. Tetapi secara keseluruhan, pasangan mata wang GBP/USD meningkat hanya 20 pip.
Cadangan perdagangan untuk 4 Mac
Data yang lemah di sektor perkhidmatan UK mengakibatkan penurunan besar dalam pasangan mata wang GBP/USD. Tetapi para pedagang, terutamanya kenaikan pound, tidak putus harapan kerana penamatan langkah-langkah kuarantin pastinya akan meningkatkan keadaan ekonomi dan menimbulkan kenaikan pada pasangan tersebut.
Sementara itu, hari ini, pasaran akan bergerak berdasarkan laporan mengenai sektor pembinaan UK, serta tuntutan pengangguran dan tahap produktiviti pekerja di AS. Rizab Persekutuan juga akan membincangkan mengenai kadar faedah dan pertumbuhan hasil bon AS, yang juga akan mempengaruhi volatiliti dan sentimen pasaran.
Untuk kedudukan panjang (membeli):
Melaksanakan kedudukan membeli pound apabila harga mencecah 1.3966 (garis hijau pada carta), dan kemudian Take Profit pada tahap 1.4025 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD akan diperdagangkan secara menaik hanya sekiranya dolar melemah di pasaran.
Perlu diingatkan bahawa sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula bergerak menaik darinya.
Untuk kedudukan pendek (menjual):
Melaksanakan kedudukan menjual pound setelah harga mencecah 1.3930 (garis merah pada carta), dan kemudian Take Profit pada tahap 1.3869. Menembusi di bawah 1.3930 akan membatalkan banyak pesanan berhenti (stop order) membeli, yang dengan demikian akan menyebabkan penurunan pasangan mata wang GBP/USD yang sangat ketara.
Sudah tentu, semasa menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak menurun darinya.
Apakah yang ada di carta:
Garis hijau nipis adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan panjang dalam pasangan mata wang GBP/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah nipis adalah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan pendek dalam pasangan mata wang GBP / USD.