Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 20 April 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan dalam julat sempit yang terletak di antara tahap 1.2981 - 1.3044 kerana peserta pasaran terus menunggu pencetus untuk meningkatkan turun naik pasaran. Jika tahap 1.2971 jelas ditembusi, maka penurunan harga mungkin menolak harga ke arah sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 1.2916 walaupun dalam keadaan pasaran yang sangat terlebih jualan (oversold). Aliran menurun melanjutkan pergerakan ke tahap yang lebih rendah dan belum ada tanda-tanda penamatan atau pembalikan arah aliran menurun. Rintangan teknikal paling hampir terletak pada tahap 1.3000 dan 1.3044.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3316

WR2 - 1.3229

WR1 - 1.3137

Pivot Mingguan - 1.3058

WS1 - 1.2960

WS2 - 1.2880

WS3 - 1.2795

Tinjauan Dagangan:

Pasaran masih dikawal oleh penurunan harga yang menolak jauh ke bawah tahap 1.1185, jadi penembusan di atas tahap ini adalah satu kemestian untuk kenaikan harga untuk pembalikan arah aliran. Sokongan teknikal jangka panjang seterusnya terletak pada 1.0639. Arah aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.1494 (tahap inggi dari 06.02.2022) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1186 dan 1.1245, jika tidak, penurunan harga akan menolak harga rendah ke arah sasaran jangka panjang seterusnya pada tahap 1.0639 atau lebih rendah lagi.