Analisis Teknikal Pasangan Mata wang EUR/USD untuk 14 April 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari paras rendah 1.0809 selepas corak graf lilin Bullish Engulfing dibuat. Pada masa ini, harga telah memasuki zon neutral dan menuju ke arah tahap 1.0961. Namun begitu, buat masa ini tinjauan masih menurun dan sasaran seterusnya untuk penurunan masing-masing dilihat terletak pada tahap 1.0805 dan 1.0781. Hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.0961 akan mengubah prospek dagangan kepada kenaikan harga untuk jangka pendek dan arah aliran menurun mungkin telah ditamatkan. Rintangan teknikal utama terletak pada tahap 1.0944 (sempadan di antara pasaran neutral dan kenaikan harga jangka pendek dilihat pada 1.0961). Pada carta mingguan, sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap rendah 2020 yang terletak pada 1.0639.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.1215

WR2 - 1.1132

WR1 - 1.1005

Pivot Mingguan - 1.0914

WS1 - 1.0779

WS2 - 1.0669

WS3 - 1.0586

Tinjauan Dagangan:

Pasaran masih dikawal oleh aliran menurun yang menolak harga jauh ke bawah tahap 1.1185, oleh yang demikian, penembusan harga di atas tahap ini adalah satu kemestian untuk kenaikan harga untuk pembalikan arah aliran. Sokongan teknikal jangka panjang seterusnya terletak pada 1.0639. Arah aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.1494 (tinggi dari 06.02.2022) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1186 dan 1.1245, jika tidak, penurunan harga akan menolak harga rendah ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yag terletak pada tahap 1.0639 atau lebih rendah.