Pelan perdagangan sesi Eropah pada 20 Januari. Laporan COT (analisis pesanan). Menyokong laporan inflasi dan pelantikan Biden. Aliran menaik cenderung untuk mengemas kini tahap 1.2174

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Dalam ramalan semalam, saya menyebutkan bahawa data yang baik mengenai sentimen perniagaan di Jerman dan zon eropah akan mendorong kepada penembusan dan penyatuan harga di atas tahap rintangan 1.2102, dan dapat menguji tahap ini dari atas ke bawah, yang saya tekankan pada carta, menghasilkan titik kemasukan pesanan yang sangat baik dalam pesanan beli dengan mensasarkan kenaikkan harga ke arah kawasan rintangan 1.2142. Tahap ini telah dikemaskini di sebelah petang, dan pembentukkan penembusan harga palsu di sana menyebabkan titik kemasukan yang sangat baik untuk pesanan jual, bergantung kepada pembetulan menurun sebanyak 20-25 mata, yang mana ini telah berlaku.

Gambaran teknikal telah berubah pada masa ini dan fokus pada tahap 1.2130, di mana arah kejayaan pasangan mata wang akan bergantung. Kami menjangkakan laporan inflasi zon eropah pada separuh pertama hari ini, dan jika ternyata ia merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan ahli ekonomi, maka kami dapat menjangkakan euro akan terus berkembang. Selagi pasangan mata wang ini diniagakan di atas kawasan 1.2130, permintaan untuk mata wang euro juga akan berada pada tahap yang cukup tinggi. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini melemah, pembentukkan penembusan harga palsu di kawasan 1.2130 akan menjadi bukti lain mengenai kehadiran pembeli besar di pasaran. Tugas yang sama pentingnya untuk kenaikan harga adalah untuk mengemas kini tahap rintangan 1.2174, di mana kemungkinan untuk pengambilan untung yang seterusnya. Penembusan harga pada tahap ini hanya dapat dilakukan di sebelah petang, ketika perlantikan Joe Biden. Ujian harga pada tahap 1.2174 dari atas ke bawah menghasilkan isyarat yang baik untuk membuka pesanan beli dengan ramalan bahawa harga akan mencapai tahap tinggi 1.2220, di mana saya mengesyorkan anda mengambil keuntungan. Sekiranya aliran menaik gagal melakukan apa-apa di kawasan tahap sokongan 1.2130 pada separuh pertama hari ini, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa membuka pesanan beli, tetapi tunggu sehingga pembetulan menurun ke arah kawasan yang lebih kuat pada tahap 1.2089, dari mana anda boleh membuka pesanan beli segera semasa lantunan semula harga, bergantung kepada pergerakan kenaikan 20-25 mata dalam sehari. Penembusan harga pada kawasan ini akan mewujudkan pasaran penurunan harga yang baru.

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Penjual Euro akan fokus untuk bertahan di bawah tahap sokongan 1.2130. Laporan yang lemah mengenai ekonomi zon eropah dan inflasi akan meningkatkan tekanan ke atas euro. Penembusan dan ujian harga pada tahap ini dari bawah ke atas akan memberikan isyarat baru untuk membuka pesanan jual dan membuka laluan terus ke tahap 1.2089, di mana Moving Average (MA) melepasi, memihak kepada aliran menaik. Pertumbuhan pasangan mata wang ini bergantung kepada tahap ini, oleh yang demikian, penembusan harga pada tahap ini akan mengakibatkan penghapusan sejumlah Stop order dan pergerakan pasangan mata wang EUR/USD yang lebih besar ke tahap 1.2055, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya euro meningkat lebih tinggi, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa untuk membuka pesanan jual, tetapi tunggu sehinggan pasangan mata wang ini mengemas kini rintangan pada tahap 1.2174, di mana pembentukkan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk membuka pesanan jual. Saya mengesyorkan anda membuka pesanan menjual pasangan EUR/USD dengan segera pada lantunan semula harga dari tahap 1,2220, dengan mengandaikan pembetulan menurun sebanyak 20-30 mata dalam sehari. Ini sebahagian besarnya akan bergantung kepada apa yang dikatakan oleh Joe Biden setelah pelantikannya, yang boleh memberi kesan besar kepada Dolar AS.

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 12 Januari mencatatkan kenaikan mendadak dalam pesanan beli dan penurunan pada pesanan jual. Pembeli aset berisiko terus mempercayai trend kenaikan harga, terutama setelah penurunan ketara dalam mata wang euro awal tahun ini, yang memungkinkan pemain besar baru memasuki pasaran. Vaksinasi terhadap strain coronavirus pertama diteruskan di Eropah, yang membawa kepada pembeli baru untuk euro. Kemungkinan kelulusan rancangan bailout berjumlah $1.9 trilion berikutnya untuk ekonomi AS kemungkinan akan menjejaskan mata wang Dolar AS lagi. Faktor arahan perintah kawalan pergerakan bagi pertumbuhan euro adalah risiko melanjutkan perintah kuarantin pada bulan Februari tahun ini, baik di Jerman dan di sejumlah negara Eropah yang lain. Oleh itu, pesanan beli bukan komersial meningkat dari 224,832 kepada 228,757, sementara pesanan jual bukan komersial turun dari 81,841 kepada 72,867. Oleh kerana penurunan mendadak dalam pesanan jual, jumlah kedudukan bersih bukan komersial meningkat dari 143,902 kepada 155,890 minggu sebelumnya.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini berdagang di atas kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pertumbuhan selanjutnya bagi mata wang euro.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi indikator pada tahap 1.2145 akan mendorong kepada gelombang pertumbuhan baru pound. Penembusan harga pada sempadan pertengahan pada tahap 1.2130 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang ini.

Huraian Indikator:

Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.Kedudukan panjang (membeli) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan panjang yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.Kedudukan pendek (menjual) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan pendek yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.