Gambaran Teknikal Pasaran
Pasangan mata wang EUR/USD tekah meneruskan dagangan lebih tinggi selepas ia membuat penarikan semula ke arah sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 1.1386, namun pergerakan menaik tidak begitu kukuh pada masa ini. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga adalah zon bekalan jangka pendek utama yang terletak di antara tahap 1.1497 - 1.1513 dan jika zon ini ditembusi dengan jelas, maka pasaran cenderung untuk meneruskan pergerakan menaik untuk tempoh masa yang lebih lama. Sokongan teknikal serta-merta masing-masing dilihat pada tahap 1.1386 dan 1.1361. Momentum yang kukuh dan positif menyokong prospek kenaikkan jangka pendek untuk mata wang EUR, walau bagaimanapun, keadaan pasaran yang terlampau terlebih belian (overbougth) adalah sebab untuk penarikan semula atau pembetulan ke arah salah satu tahap sokongan. Euro harus kekal diniagakan di dalam zon hijau sehingga tahap 1.1515 diuji.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.1963
WR2 - 1.1721
WR1 - 1.1628
Pivot Mingguan - 1.1393
WS1 - 1.1276
WS2 - 1.1078
WS3 - 1.0926
Tinjauan Dagangan:
Corak graf lilin Bullish Engulfing yang besar baru-baru ini dilihat pada carta masa mingguan menunjukkan lantunan yang kuat, tetapi secara keseluruhan pasaran masih dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga jauh di bawah tahap 1.1501, jadi penembusan di atas tahap ini adalah satu keperluan untuk kenaikan harga bagi pembalikan arah aliran. Sokongan teknikal jangka panjang seterusnya terletak pada 1.1167. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tinggi dari 06.01.2021) hanya sekiranya senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1501 dan 1.1599,m sekiranya tidak, penurunan harga akan menolak harga lebih rendah ke arah sasaran jangka panjang seterusnya pada tahap 1.1166.