Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 23 September 2020

Sebut harga mengukuh di bawah tahap 1.1680, memperbaharui tahap rendah tempatan dalam pasangan mata wang EUR/USD. Ini menunjukkan bahawa mungkin terdapat perubahan drastik dalam trend kenaikan jangka pertengahan, dengan syarat peserta pasaran secara terus melaksanakan tawaran perdagangan dengan kedudukan pendek (menjual).

Oleh itu, sekarang jelas bahawa pasaran mendatar sebelumnya merupakan perlambatan dalam trend jangka menengah, dan penembusan baru-baru ini di had bawah adalah isyarat untuk kebanyakkan kedudukan menjual di pasaran.

Dengan adanya petunjuk ini, prospek penurunan sekarang adalah tinggi, dan jika anggapan mengenai perubahan arah bertepatan, maka euro kemungkinan besar akan turun ke kawasan 1.1000 / 1.1350.

Oleh demikian, sekirnaya kita melihat carta masa M15, kita akan melihat bahawa pasaran mempunyai sentimen menurun sepanjang hari semalam, akibatnya harga tersebut mencapai tahap harga 1.1700. Selepas itu, ia bergerak lebih rendah dalam carta, mengemas kini tahap rendah tempatan dalam pasangan mata wang EUR/USD.

[Lonjakan tertinggi dalam kedudukan pendek berlaku antara jam 14:30 dan 16:00]

Dari segi dinamik harian, indikator mencatat nilai yang sama dengan tahap purata, namun, jika kita mengambil kira aktiviti setiap jam, kami dengan selamat dapat mengatakan bahawa terdapat pekali tinggi transaksi spekulasi di pasaran.

Ini kerana seperti yang dibincangkan dalam tinjauan sebelumnya , pedagang mengira penurunan selanjutnya setelah pengukuhan di bawah 1.1700.

Bagi carta harian, pergerakan sebut harga adalah jelas ke bawah, dan di dalamnya, saluran mendatar tujuh minggu adalah titik penting bagi perubahan trend.

Merujuk kepada berita, satu laporan penting ialah data jualan rumah dalam pasaran sekunder Amerika Syarikat, yang meningkat sebanyak 2.4%, jauh melebihi ramalan hanya sebanyak 0.9%.

Statistik tinggi seperti itu sangat positif bagi ekonomi AS, namun, dorongan utama pertumbuhan dolar adalah kenaikan kadar kejadian COVID-19 di kebanyakkan negara.

Banyak negeri telah memperkenalkan kembali langkah-langkah kuarantin, yang seterusnya, membimbangkan para pelabur akan kejatuhan ekonomi yang lain, terutamanya susulan daripada 'lockdown' atau kuarantin yang meluas sangat memudaratkan ekonomi global.

Dalam hal ini, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Pengerusi Fed Jerome Powell mengatakan bahawa program bantuan semasa di Amerika Syarikat membantu pemulihan ekonomi yang yakin, namun, terdapat keperluan untuk dana tambahan.

"Pemulihan sedang berjalan dengan cepat kerana pentadbiran dan Kongres bekerjasama secara dua pihak untuk menyampaikan pakej bantuan ekonomi terbesar dalam sejarah Amerika. Fed juga memainkan peranan penting dalam pemulihan, dengan memperkenalkan 13 mekanisme pinjaman unik," Kata Steven Mnuchin.

Jerome Powell bersetuju dan mengatakan bahawa pemulihan sepenuhnya mungkin akan datang hanya apabila orang yakin bahawa selamat untuk kembali ke pelbagai aktiviti. Oleh itu, masa depan bergantung pada pembasmian atau pengawalan coronavirus, serta tindakan politik yang dilakukan di semua peringkat pemerintahan.

Hari ini, laporan mengenai kawasan euro dan PMI Amerika Syarikat diterbitkan, yang mendedahkan bahawa:

EU jam 09:00 - PMI Pembuatan (September)

Sebelum: 51.7

Ramalan: 51.9

Sebenar: 53.7

EU jam 09:00 - Indeks aktiviti perniagaan di sektor perkhidmatan (September)

Sebelum: 50.5

Ramalan: 50.5

Sebenar: 47.6

AS jam 14:45 - Indeks aktiviti perniagaan di sektor pembuatan (September)

Sebelum: 53.1

Ramalan: 53.1

AS jam 14:45 - Indeks aktiviti perniagaan di sektor perkhidmatan (September)

Sebelum: 52.0

Ramalan: 54.1

Perkembangan selanjutnya

Seperti yang dapat kita lihat pada carta perdagangan, harga turun naik dalam tahap harga 1.1670 / 1.1710, yang dapat dianggap sebagai tahap pengukuhan pada tahap baru. Pembaharuan tahap rendah tempatan boleh membawa maksud kepada penurunan kuat yang akan datang dalam pasangan mata wang EUR/USD, ekoran daripada pengukuhan di bawah 1.1670 akan menurunkan harga ke tahap 1.1650, dan kemudian ke tahap 1.1550-1.1500.

Sekiranya berlaku kelembapan, pergerakan boleh meningkat dari 1.1670 / 1.1710 hingga 1.1670 / 1.1760.

Analisis indikator

Semua carta masa (TF) memberi isyarat JUAL ekoran daripada pembaharuan tahap rendah tempatan baru-baru ini dalam pasangan mata wang EUR / USD.

Volatiliti mingguan / Pengukuran volatiliti: Bulan; Suku; Tahun

Volatiliti diukur berkaitan dengan turun naik purata harian, yang dikira setiap Bulan / Suku Tahun / Tahun.

(Dinamik untuk hari ini dinilai, sambil mengambil kira tempoh artikel ini diterbitkan)

Volatiliti berada pada 38 mata, iaitu 53% di bawah nilai purata.

Adalah diandaikan bahawa jika harga tetap diperdagangkan di bawah saluran mendatar, kedudukan pendek akan muncul, yang akan menjadikan aktiviti tinggi di pasaran.

Tahap utama

Zon rintangan: 1.1910 **; 1.2000 ***; 1.2100 *; 1.2450 **; 1.2550; 1.2825.

Zon Sokongan: 1.1700; 1.1650 *; 1,1500; 1.1350; 1.1250 *; 1.1180 **; 1.1080; 1.1000 ***.

* Tahap berkala

** Tahap julat

*** Tahap psikologi

Lihat juga cadangan perdagangan untuk pasangan GBP / USD di sini , atau cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan EUR / USD dan GBP / USD di sini .