Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 20 Januari 2022

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang EUR/USD kembali diniagakan ke julat dagangan selepas ia gagal dalam percubaan kenaikkan harga untuk meneruskan rali pada tahap 1.1482. Pasaran kini didagangkan di sekitar rintangan teknikal yang dilihat pada tahap 1.1361 dan nampaknya kenaikan harga akan ditolak semula dari tahap ini kerana graf lilin Pin Bar sedang berlangsung. Sokongan teknikal seterusnya untuk kenaikan harga adalah tahap rendah semalam yang dilihat pada tahap 1.1314 dan dalam kes penembusan harga - tahap harga yang seterusnya dilihat pada 1.1285. Sila ambil perhatian bahawa momentum adalah sedikit negatif dan situasi pasaran terlebih jualan (oversold), oleh yang demikian, jika kenaikan harga tidak dapat melonjak dalam keadaan itu, maka penurunan harga akan mendominasi dagangan harian dan menolak pasaran ke tahap yang lebih rendah.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.1710

WR2 - 1.1596

WR1 - 1.1513

Pivot Mingguan - 1.1393

WS1 - 1.1312

WS2 - 1.1198

WS3 - 1.1117

Tinjauan Dagangan:

Pasaran kini didominasi oleh penurunan harga yang menolak harga jauh ke bawah tahap 1.1501, oleh yang demikian, penembusan harga di atas tahap ini adalah satu kemestian untuk kenaikan harga. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000. Sasaran utama jangka panjang yang seterusnya untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.1166.