Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 17 Januari 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat corak ayunan tinggi baru pada tahap 1.3747, ditarik semula ke belakang lebih rendah dan kini sedang menguji garis saluran bawah sekitar tahap 1.3673. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga terletak pada tahap 1.3763 sementaran sokongan teknikal segera dilihat pada 1.3708 dan 1.3673. Momentum yang kukuh dan positif menyokong tinjauan kenaikkan jangka pendek untuk mata wang GBP, bagaimanapun, keadaan pasaran kini amat terlebih belian (overbought) pada carta 4 Jam, oleh yang demikian, penarikan semula harga ke arah sokongan teknikal terdekat untuk mengujinya mungkin berlaku dalam masa terdekat. Sila perhatikan penembusan harga pada saluran menaik ke bahagian bawah sebagai petunjuk pertama bahagian atas untuk pasaran ini.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3997

WR2 - 1.3859

WR1 - 1.3773

Pivot Mingguan - 1.3654

WS1 - 1.3552

WS2 - 1.3440

WS3 - 1.3332

Tinjauan Dagangan:

Pergerakan pembetulan menaik diteruskan, namun pergerakan menaik ini mungkin telah ditamatkan disebabkan oleh corak graf lilin "Shooting Star" yang terbentuk dalam carta harian pada tahap 1.3717. Sasaran jangka panjang arah aliran menurun terletak pada 1.2668 (tahap rendah September 2020) selagi tahap 1.3604 tidak ditembusi dengan jelas (graf lilin harian menutup jauh dari tahap ini).