Isyarat dagangan untuk Minyak Mentah (WTI - #CL) pada 17 - 18 Januari 2022: buka pesanan menjual di bawah tahap 84.38 (7/8 - saluran aliran menaik teratas)

Minyak Mentah (WTI - #CL) mencapai paras harga 84.76, paras tertinggi sejak 26 Oktober. Pada masa ini, ia didagangkan sekitar 7/8 Murray dan telah menghentikan kecenderungan kenaikan harganya di bawah bahagian atas saluran aliran menaik.

WTI telah mengukuh dalam beberapa hari kebelakangan ini hasil daripada jangkaan yang baik tentang permintaan minyak untuk bulan-bulan akan datang, bersama-sama dengan kelemahan dolar AS dan prestasi baik pasaran saham.

Dolar AS jatuh ke paras 94.53 sekitar 2/8 Murray. Daripada paras sokongan kukuh ini, dolar AS telah pulih dan kini berada di atas SMA 21 pada carta 4 jam. Ia menunjukkan bahawa ia boleh meneruskan aliran menaik ini pada hari-hari yang akan datang.

Pemulihan dalam indeks dolar (USDX) boleh memainkan peranan terhadap kekuatan minyak mentah. Kelemahan dalam indeks seperti Nasdaq 100 atau Dow Jones 30 juga boleh menjejaskan harga minyak mentah dan kita boleh menjangkakan pembetulan ke arah tahap sokongan SMA 21 yang terletak pada 83.25 dan turun ke paras 80.25 (200 EMA).

Menurut carta 1 Jam, sejak 3 Januari, WTI memulakan arah aliran kenaikkan yang kuat dari paras rendah 74.33, dan telah memperoleh lebih daripada 1000 pip dalam tempoh 14 hari setakat ini.

Semua prestasi baik yang dimiliki minyak mentah, telah membawa kepada isyarta keletihan dan tanda-tanda terlebih belian (overbought). Pembetulan teknikal dijangka dalam beberapa hari yang akan datang kerana WTI kini sangat terlebih belian (overbought).

Sokongan segera seterusnya terletak pada paras SMA 21 pada 83.25. Berikutan penembusan mendadak pada Moving Averages (MA) ini, kita boleh menjangkakan pergerakan penurunan harga sekitar paras 6/8 Murray dan ke arah bahagian bawah saluran aliran menaik pada 81.25.

Indikator 'Eagle' didagangkan di atas saluran aliran menaik dan di bawah saluran aliran menurun yang lain membentuk segitiga. Mengikut isyarat indikator, arah aliran cenderung meningkat tetapi volum cenderung menurun. Ini boleh mencetuskan kejatuhan ke arah EMA 200 yang terletak pada 80.21 dalam beberapa hari akan datang.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 17 - 18 Januari 2022

Rintangan (3) 87.50

Rintangan (2) 86.11

Rintangan (1) 85.19

----------------------------

Sokongan (1) 83.37

Sokongan (2) 82.45

Sokongan (3) 81.25

***********************************************************

Senario

Carta 4 Jam

Recommendation: sell below

Kemasukan pesanan 84.28

Take Profit 83.25 (21 SMA), 81.25 (6/8)

Stop Loss 84.75

Paras Murray 78.12 (5/8) 81.25 (6/8) 84.38 (7/8)

***********************************************************