Tinjauan Pasaran Teknikal
Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat ayunan tinggi baharu pada tahap 1.3618 (semasa artikel ini ditulis) dan terus berdagang lebih tinggi. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga terletak pada tahap 1.3673 dan mungkin akan dicapai tidak lama lagi. Sokongan teknikal serta-merta dilihat pada 1.3567 dan 1.3516. Momentum yang kukuh dan positif menyokong tinjauan kenaikkan jangka pendek untuk GBP, bagaimanapun, keadaan pasaran kini amat terlebih beli pada carta masa H4, jadi penarikan semula ke arah sokongan teknikal terdekat untuk mengujinya mungkin berlaku dalam tempoh masa terdekat.
Titik Pivot (PP) Mingguan:
WR3 - 1.3817
WR2 - 1.3714
WR1 - 1.3658
Pivot Mingguan - 1.3540
WS1 - 1.3488
WS2 - 1.3377
WS3 - 1.3322
Tinjauan Dagangan:
Pergerakan pembetulan ke arah atas diteruskan. Sasaran jangka panjang arah aliran menurun terletak pada 1.2668 (paras terendah September 2020) selagi tahap 1.3604 tidak ditembusi dengan jelas (lilin harian menutup jauh dari paras ini).