GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 4 Ogos, 2020. Laporan COT (analisis perdagangan semalam). Berhati-hati dengan pembelian pound pada tahap tinggi semasa

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Adalah tidak mustahil untuk mencapai isyarat yang jelas untuk memasuki pasaran di sebelah petang semalam, kerana terdapat pintu masuk untuk kedua-dua penjual dan pembeli. Dan jika penjualan pertama berfungsi sebagai positif dan sangat baik, maka tidak begitu mudah di sebelah petang. Jom kita sama-sama mengkaji analisis tawaran dan melihat titik kemasukan pada carta 5 minit. Penembusan harga palsu terbentuk sejurus selepas pasangan mata wang GBP/USD ini mengemas kini tahap sokongan 1.3023, yang memberikan kami peluang untuk kemasukan pesanan membeli yang baik, tetapi pertumbuhan ketara tidak segera terbentuk. Setelah pasangan mata wang ini kembali berdagang ke kawasan ini, di tengah-tengah pengumuman laporan ekonomi AS, isyarat yang dibentuk untuk menjual pound setelah pasangan mata wang ini menguji tahap 1.3023 dari menaik kepada menurun, tetapi bahkan pergerakan menurun di sini tidak mencapai lebih dari 18 mata. Dalam hal ini, gambaran teknikal tidak berubah, kerana pedagang masih menarik pound di bawah tahap rintangan 1.3100 pada penghujung hari. Perhatian khusus diberikan kepada data pemegang pesanan membeli dan menjual di pasaran hadapan.

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 28 Julai menandakan peningkatan lain pada pesanan menjual, tetapi pesanan membeli dikurangkan dengan serius. Ini menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak penurunan harga sekaligus mengesahkan teori bahawa kekuatan pound hanya berdasarkan kelemahan Dolar AS dan lambat laun, semuanya akan berakhir, yang akan menyebabkan penurunan harga ketara pada pasangan mata wang GBP/USD ini, kerana isu Brexit dan ketidakpastian mengenai prospek pemulihan ekonomi masih belum selesai. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan menjual bukan komersial meningkat dari tahap 61,310 ke tahap 64,738 pada minggu ini. Pesanan membeli bukan komersial menurun dari tahap 46,230 kepada 39,392. Akibatnya, kedudukan bersih bukan komersial meningkatkan nilai negatifnya menjadi -25,409, berbanding -15,080, yang menunjukkan kemungkinan penurunan harga yang ketara pada pound setelah Dolar AS mendapatkan semula kekuatannya. Bagi gambaran teknikal semasa, pembeli pound akan terus fokus pada tahap rintangan 1.3100, yang mana ia perlu ditembusi bagi membolehkan pasangan mata wang ini kembali mengekalkan trend kenaikan harga. Pulangan dan penyatuan harga pada tahap ini akan membentuk isyarat yang baik untuk kemasukan pesanan membeli pound. Matlamat pergerakan harga ini adalah untuk mengemas kini tahap tinggi minggu sebelumnya pada 1.3165, dan juga mengukuh di atasnya. Senario ini akan membawa kepada penghapusan pesanan Stop menurun dan pengukuhan GBP/USD ke tahap tinggi 1.3228 dan 1.3265, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pound jatuh pada separuh pertama hari ini, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa membuka pesanan membeli, tetapi tunggu sehingga penembusan harga palsu terbentuk di kawasan tahap sokongan 1.3012. Para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan segera sewaktu lantunan harga, saya mencadangkan kepada pedagang untuk melakukannya hanya dari tahap rendah 1.2949 berdasarkan kepada pembetulan 30-40 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Penjual pound perlu melindungi tahap rintangan 1.3100, seperti yang berlaku semalam, dan penembusan harga palsu akan mewujudkan isyarat pertama untuk kemungkinan pembetulan menurun pasangan mata wang GBP/USD ke tahap sokongan 1.3012. Tugas yang sama pentingnya adalah menembusi dan mengukuh di bawah julat ini, yang akan menyebabkan penghapusan sejumlah pesanan Stop kenaikkan harga dan penurunan GBP/USD yang lebih rendah ke tahap sokongan 1.3949, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya penurunan harga tidak aktif di kawasan tahap rintangan 1.3100, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan kemasukan pesanan menjual sehingga pasangan mata wang ini menguji tahap tinggi minggu lalu di kawasan 1.3165, dengan syarat bahawa penembusan harga palsu terbentuk di sana. Atau mengambil pesanan menjual pound dengan segera sewaktu lantunan harga dari rintangan yang lebih tinggi pada tahap 1.3228, berdasarkan kepada pembetulan 30-40 mata dalam sehari.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini berdagang di sekitar kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50 bergerak, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran dengan arah pergerakan selanjutnya, kerana aliran menaik takut untuk membeli, dan belum ada yang bersedia untuk penjualan pound.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi indikator pada tahap 1.3100 akan menyebabkan gelombang pertumbuhan baru bagi pound. Sekiranya pasangan mata wang ini diniagakan rendah, sokongan akan dtawarkan oleh sempadan bawah indikator sekitar tahap 1.3012.

Huraian Indikator:

Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.Kedudukan panjang (membeli) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan panjang yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.Kedudukan pendek (menjual) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan pendek yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.