Pelan dagangan untuk Bitcoin pada 5 Januari 2022

Tinjauan teknikal:

Bitcoin mungkin sedang bersedia untuk rali selepas menguji julat sokongannya sekitar paras $45,700 pada hari Selasa. Kripto cenderung untuk diniagakan dengan selesa menghampiri ke paras $ 46,800 sewaktu penulisan artikel ini dan berkemungkinan besar untuk menyasarkan ke paras $ 48,000, yang merupakan rintangan dalam jangka masa yang lebih kecil. Penembusan harga yang lebih tinggi kemudiannya akan mendedahkan rintangan interim $ 52,000 dan $ 60,000, masing-masing.

Bitcoin sebelum ini telah mendapat sokongan sekitar pras $42,300, iaitu hanya di bawah anjakan semula Fibonacci 0.618 bagi keseluruhan rali masing-masing antara paras $26,800 dan $67,000. Sebaik-baiknya, harga harus meningkat ke arah $ 70,000 untuk melengkapkan struktur. Lanjutan Fibonacci mensasarkan pergerakan ke arah paras $78,000 dan lebih tinggi untuk kitaran seterusnya (tidak diperhatikan di sini).

Bitcoin menghadapi rintangan harga serta-merta sekitar paras $60,000, manakala sokongan kukuh pada paras $40,000 pada carta harian. Penembusan harga di atas paras $60,000 akan membuka pintu untuk Bitcoin menembusi paras$70,000 dan lebih tinggi. Hanya penembusan harga di bawah paras $40,000 yang akan membatalkan senario kenaikan harga di atas dan akan membawa kembali penurunan harga ke pasaran.

Pelan dagangan:

Potensi kenaikan harga melalui paras $ 70,000 berbanding $ 40,000.

Semoga berjaya!