Situasi yang lemah menyokong permintaan untuk aset berisiko; Gambaran keseluruhan USD, NZD, dan AUD

Indeks saham AS dan EU bermula minggu ini di zon positif, diperkuatkan oleh harapan untuk pelancaran vaksin COVID-19 dalam tempoh masa terdekat dan usaha berterusan oleh pemimpin Eropah walaupun pada awalnya terdapat perselisihan yang signifikan, untuk membentuk dana pemulihan EU.

AS melaporkan peningkatan sebanyak 1.3% dalam kes virus, peningkatan harian paling perlahan dalam tempoh dua minggu. Ini adalah hasil yang menjanjikan kerana menunjukkan bahawa kadar jangkitan puncak mungkin berada di belakang kita, keinginan terhadap risiko yang meningkat dan euro yang lebih kuat mendorong dolar AS untuk menurun, satu aliran yang cenderung berlanjutan dalam beberapa hari yang akan datang. Kelemahan dolar juga akan dipermudahkan oleh rundingan antara Parti Republik Kongres AS dan pentadbiran Trump mengenai satu lagi langkah-langkah untuk merangsang ekonomi AS "dalam julat trilion dolar."

Pasangan mata wang NZD / USD

Dolar New Zealand diperdagangkan berhampiran paras tertinggi bulan Jun, sementara, tidak seperti kebanyakan mata wang G10, mempunyai alasan yang cukup baik untuk terus berkembang. Perbelanjaan pada kad kredit meningkat dengan mendadak pada bulan Jun, dan hanya berjumlah -9.2% tahun ke tahun berbanding ramalan sebanyak -24.7% tahun ke tahun, yang jauh lebih baik berbanding tahap bulan Mei dan menunjukkan pemulihan pesat dalam permintaan pengguna . Walaupun inflasi susut sebnayak 0.5% pada suku kedua (Q2), tahun ke tahun tetap berada di zon sasaran pada 1.5% sesuai dengan ramalan, dan terdapat kemungkinan besar inflasi akan pulih pada suku ketiga (Q3).

Bagi aktiviti perniagaan, perubahan ketara juga diperhatikan di sini. Dan sekiranya PMI di sektor perkhidmatan meningkat dari catatan angka 37.5p menjadi 54.1p secara umumnya dijangkakan, kerana hampir semua langkah sekatan telah ditamatkan, maka lonjakan aktiviti dalam sektor pembuatan secara serentak mengejutkan, pertumbuhan menjadi 56.3 p berbanding 39.7 p dalam bulan Mei dengan segera membawa indeks PMI ke zon pertumbuhan yang kuat. Penunjuk ini menunjukkan, antara lain, pemulihan eksport yang meyakinkan, yang mana tidak dapat dibanggakan oleh kebanyakkan negara lain.

Selain itu, turut juga diberikan perhatian bahawa tiada kejatuhan berlaku di pasaran perumahan, yang dipermudahkan oleh penurunan kadar faedah gadai janji dan pengenalan pelan penangguhan pembayaran, dan subsidi upah.

Oleh demikian, secara asasnya, ekonomi New Zealand kelihatan lebih meyakinkan berbanding yang lain. Laporan CFTC juga memihak kepada kiwi, pertumbuhan jangka panjang menyebabkan terbentuknya kedudukan panjang (membeli) bersih, dan walaupun marginnya tidak besar, anggaran harga saksama dikekalkan di atas purata dan sedikit di atas titik, yang mana memberi peluang untuk pertumbuhan berterusan.

Senario masih tidak mungkin untuk bergerak di atas zon rintangan 0.6560 / 80, tetapi peluang cukup bagus. Adalah logik untuk membeli dengan pengiraan penembusan zon rintangan dan sasaran 0.6750 - tahap maksimum yang ditetapkan, di mana NZD akan mensasarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Pasangan mata wang AUD/USD

NAB Bank terlalu banyak menilai kesan COVID-19 terhadap ekonomi Australia. Khususnya, penurunan KDNK pada suku kedua sekarang dijangka sekitar 4%, dan bukan sebanyak 8.5%, seperti yang dianggarkan pada sebelumnya. NAB juga mencatatkan peningkatan mendadak dalam aktiviti perniagaan, tetapi menasihati untuk menjalankan penyelidikan dengan berhati-hati, kerana semua indikator masih berada pada tahap rendah berdasarkan standard sejarah.

Penerbitan minit mesyuarat RBA tidak meningkatkan dan menimbulkan minat, begitu juga ucapan ketua RBA mengenai keadaan ekonomi Australia.

Tahap Australia yang dikira hampir sama dengan harga spot. Pasaran niaga hadapan adalah dalam kedudukan panjang bersih terhadap Aussie (AUD), tetapi momentumnya semakin lemah.

Selagi keinginan terhadap aset risiko tetap tinggi, AUD mempunyai peluang untuk terus meningkat. Percubaan kedua untuk menembusi paras tinggi 0.7025 mempunyai peluang yang baik untuk berjaya, pengukuhan harga di atas yang akan membuka laluan ke arah tahap 0.7080. Walau bagaimanapun, pertumbuhan yang lebih kuat masih dipersoalkan, kerana sebab-sebab pertumbuhan permintaan untuk risiko di persekitaran semasa masih perlu diakui sebagai sangat lemah.