Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 20 Julai 2020. Laporan COT. Pembeli secara perlahan-lahan kehilangan kedudukan mereka. Situasi negatif di Amerika Syarikat, juga keadaan yang tidak memberangsangkan di Britain

Pasangan mata wang GBP/USD

Pasangan mata wang GBP / USD, tidak seperti pasangan EUR / USD, secara terus diperdagangkan ke arah aliran pergerakan yang berbeza pada minggu lalu. Pembeli telah mencapai tahap rintangan 1.2636-1.2660 sebanyak empat kali dan pasangan itu membuat lantunan semula untuk setiap kali senario itu berlaku, memulakan pusingan pergerakan pembetulan baru. Oleh demikian, buat masa ini kita dapat menyimpulkan bahawa kenaikan harga jelas kekurangan kekuatan dan keinginan untuk pertumbuhan mata wang Britain. Namun, seperti yang kami myatakan dalam artikel asas tentang pound, mata wang ini mungkin telah mengalami kelemahan potensi pertumbuhan, dan harga secara terus jatuh berbanding dolar dalam jangka panjang. Oleh demikian, pusingan pergerakan menaik seterusnya dapat diselesaikan. Tambahan pula, garis arah aliran (tren) menurun telah dibentuk, yang kini menyokong kepada penurunan harga, yang juga masih meragui kelayakan penjualan aktif pasangan dan tidak dapat mengatasi garis Senkou Span B yang kuat.

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa15M

Kedua-dua saluran regresi linear (linear regression channels) secara terus diarahkan ke bawah pada carta masa 15 minit, di mana pada prinsipnya adalah bersesuaian dengan tren umum yang telah berkembang di carta yang lebih tinggi. Laporan COT terbaru menunjukkan perubahan minimum berbanding yang sebelumnya. Mata wang Britain secara terus mengukuh sehingga 14 Julai (tarikh akhir laporan), jadi tidak menghairankan bahawa pedagang bukan komersial (pemain pasaran profesional) terus membuka sejumlah 2,811 kontrak Membeli. Pedagang kategori "Bukan komersial" hanya membuka sejumlah 182 kontrak untuk menjual (walaupun kurang daripada tempoh seminggu sebelumnya). Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengatakan bahawa pound secara berterusan mengukuh daam harga dan mesti meneruskan proses ini. Sebaliknya, mood kenaikkan harga sedikit melemah, yang dapat dilihat dari gambaran teknikal dan juga tingkah laku kategori "komersial", di mana secara aktif mengurangkan kontrak Membeli. Oleh demikian, laporan COT terbaru memungkinkan untuk menyelesaikan pergerakan menaik pada pasangan mata wang pound/dolar.

Mengenai latar belakang asas bagi pasangan mata wang GBP / USD, senario tidak banyak berubah pada hujung minggu. Kami berulang kali mengatakan bahawa alasan yang paling mungkin untuk pertumbuhan pound dalam tempoh beberapa minggu terakhir adalah beberapa jenis krisis yang berlaku di AS. Khususnya, epidemiologi, yang boleh memberi kesan yang sangat negatif terhadap ekonomi negara. Jadi keadaan coronavirus di Amerika Syarikat tidak berubah. Anti-rekod terus ditetapkan untuk jumlah kes baru penyakit ini, beberapa negara secara memperkuatkan langkah-langkah sekatan dan kuarantin, dan Presiden AS Donald Trump enggan meletakkan negara ini ke dalam tindakan lockdown yang baru, di mana beliau percaya bahawa sekiranya langkah ini diambil ia akan menamatkan ekonomi Amerika. Kita perlu memberi penghormatan kepada Trump. Berdasarkan maklumat terbaru, beliau telah membatalkan perhimpunan awam yang bertujuan untuk kempen pemilihannya, dan akan mengadakan pertemuan menerusi telefon dan berkomunikasi dengan pemilihnya. Baik, sama ada Trump sendiri menginginkannya atau tidak, ini jelas merupakan keputusan yang tepat untuk negara di mana sejumlah 70,000 pesakit jangkitan COVID-2019 baru didaftarkan setiap hari. Tiada sebarang berita yang diterbitkakan di UK buat masa ini. Beberapa laporan yang sangat penting telah diterbitkan pada minggu lalu, tetapi pedagang tidak menghiraukannya, dan mereka sendiri menggambarkan keadaan ekonomi jauh daripada yang terbaik. Peserta pasaran masih lebih berminat terhadap rundingan Brussels dan prospek menandatangani perjanjian perdagangan.

Terdapat dua senario utama pada 20 Julai 2020:

1) Tinjauan kenaikan harga secara terus merosot. Pembelian untuk pasangan ini masih tidak relevan buat masa ini, kerana garis arah aliran menurun telah menyokong penurunan harga. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk membeli pound, tetapi tidak melaksanakan tawaran dagangan tersebut sebelum mengatasi garis arah aliran ini dengan sasaran pertama dari kawasan rintangan 1.2636-1.2660, dan dengan sasaran selanjutnya pada kawasan 1.2705 dan 1.2791. Potensi Ambil Keuntungan (TP) dalam senario ini adalah dari 40 hingga 170 mata.

2) Penjual disarankan untuk mempertimbangkan kedudukan pendek (pesanan menjual) dengan sasaran kawasan sokongan 1.2404-1.2424 dan tahap sokongan 1.2375. Namun, anda disarankan untuk menunggu sehingga garis Senkou Span B (1.2514) telah melepasi, dari mana pasangan ini telah melantun semula untuk tempoh beberapa kali. Penjual jelas mempunyai lebih banyak prospek berbanding pembeli pada masa kini. Pound mula mengalami masalah apabila melakukan percubaan pertumbuhan. Potensi Ambil Keuntungan (TP) antara 60 hingga 110 mata.