Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY pada 17 Julai, 2020
Pasangan Mata Wang USD/JPY
Kami menulis dalam tinjauan terakhir: "Yen menyerang garis MACD dari atas ke arah bawah semalam dalam corak yang tepat pada 10 Julai (Jumaat). Oleh itu, sejarah mungkin berulang dengan pertumbuhan pada model 13 Julai (Isnin)." Harga memilih senario ini. Kini sentimen semakin meningkat. Harga cenderung untuk mencapai tahap kenaikan harga pertama pada 107.77. Marlin Oscillator juga berkemungkinan besar akan memasuki wilayah pertumbuhan.
Harga berhenti di garis MACD pada carta empat jam. Marlin kini berada di dalam zon pertumbuhan. Penembusan harga pada tahap rendah semalam adalah merupakan isyarat untuk kesinambungan kenaikkan harga ke tahap 107.77. Untuk meneruskan aliran menurun, pasangan mata wang USD/JPY ini harus menembusi bukan sahaja garis MACD pada carta harian (106.94), tetapi juga tahap rendah 15 Julai pada 106.68. Oleh itu, yen telah mewujudkan beberapa ketidakpastian dan pergerakan bebas.