Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD: Bank of England akan mengekalkan pendekatan agresifnya dalam membangunkan program pembelian bon.

Sementara pedagang dan ahli ekonomi tertanya-tanya bagaimana euro dapat bertindak balas terhadap sidang kemuncak EU dan keputusan yang akan diambil mengenai dana pemulihan ekonomi, Jabatan Perbendaharaan AS telah mengeluarkan satu lagi laporan mengenai peningkatan hutang kerajaan dan defisit belanjawan di Amerika Syarikat. Anehnya, euro menyaksikan sedikit kenaikkan terhadap berita ini, kerana pedagang percaya bahawa akan ada dialog terbuka di antara pemimpin EU dalam menyetujui rancangan bantuan 750-bilion yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah.

Pada akhir minggu lalu, Eurogroup telah mengadakan pertemuan, di mana para menteri kewangan berpeluang untuk mengembangkan rancangan yang cukup jelas untuk kegunaan pinjaman dana yang akan dibelanjakan untuk membangunkan kembali ekonomi EU setelah wabak coronavirus. Pembahagian dana adalah seperti yang berikut: 70% dana pemulihan akan diperuntukkan bagi tahun 2021 dan 2022, sementara akses kepada baki 30% akan diberikan pada tahun 2023, setelah menganalisis kejatuhan PDB negara-negara zon eropah pada tahun 2020 dan 2021 . Pakej umum harus dikuasai pada tahun 2026.

Namun, masih perlu untuk menganalisis keputusan Bank Pusat Eropah mengenai dasar kewangan, kerana meskipun kebanyakan pakar-pakar tidak mengharapkan pengawal selia akan membuat perubahan yang besar, terdapat sejumlah nuansa yang boleh terjadi selama sidang kemuncak EU.

Walaupun begitu, kebanyakan peserta pasaran tidak mengharapkan tekanan besar terhadap aset berisiko, kerana mereka percaya bahawa walaupun rancangan itu tidak mencapai persetujuan segera, ia akan dicapai pada musim luruh tahun ini. Sebarang keputusan ke arah ini akan menyokong mata wang Eropah, kerana ia akan lebih selamat, tetapi sokongan utama masih akan datang dari pelabur yang menghindari risiko yang berkaitan dengan pandemik coronavirus dan kesannya terhadap ekonomi. Para pemimpin Kesatuan Eropah akan membincangkan penciptaan dana pemulihan ekonomi pada sidang kemuncak yang dijadualkan akan berlangsung pada 17-18 Julai.

Sementara itu, di Amerika Syarikat, Jabatan Perbendaharaan AS telah menerbitkan laporan mengenai peningkatan hutang kerajaan dan defisit belanjawan, yang menunjukkan bahawa kos yang berkaitan dengan pandemik coronavirus telah menyebabkan peningkatan defisit belanjawan AS pada bulan Jun kepada $864 bilion . Ini menunjukkan bahawa perbelanjaan kerajaan meningkat sekurang-kurangnya tiga kali pada bulan Jun berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Penurunan pendapatan kerajaan yang mendadak disebabkan sejumlah keuntungan cukai telah menyebabkan penurunan 28% kepada $241 bilion, walau bagaimanapun, perbelanjaan pemerintah telah meningkat kepada $1.1 trilion, dan ini mungkin baru permulaan. Secara keseluruhan, defisit belanjawan untuk tempoh Oktober 2019 sehingga Jun 2020 berakhir pada $2.7 trilion.

Namun, hal itu tidak menjadi topik penting bagi Kementerian Kewangan dan pentadbiran White House, kerana seluruh fokus kini tertumpu kepada langlah untuk memerangi penularan coronavirus dan pelan untuk menyelamatkan ekonomi setelah wabak itu.

Semalam, wakil Fed Robert Kaplan dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau meramalkan ekonomi AS akan menyusut dari 4.5% kepada 5% tahun ini. Kadar pengangguran akan mencatatkan 9% -10% pada akhir tahun, dan pemulihan ekonomi hanya akan berlaku pada separuh kedua tahun ini. Namun, untuk hal ini terjadi, tindakan tambahan dalam bidang fiskal akan diperlukan, serta langkah-langkah yang diambil oleh sektor kesihatan, semasa pandemik memainkan peranan penting untuk menentukan ekonomi di masa hadapan.

Sementara itu, satu lagi laporan menarik juga telah diterbitkan semalam tetapi mengenai ekonomi Itali, setelah berdepan dengan pandemik coronavirus, negara ini mengalami masa yang mengerikan. Nampaknya, tanpa rancangan pemulihan Suruhanjaya Eropah, masalah di Itali hanya akan bertambah buruk, sehingga KDNK Itali dijangka turun 17% pada suku kedua. Kemungkinan besar, dalam tempoh 5 tahun akan datang, ekonomi Itali tidak akan dapat kembali ke tahap sebelum krisis, di mana hanya dalam setahun, KDNK mungkin merosot sebanyak 11.5%, dan tahun depan hanya meningkat 7%. Selepas itu, kadar pemulihan kembali perlahan hingga 1-2% setahun.

Mengulas mengenai gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga berkemungkinan besar akan aktif pada hari ini, dan semua fokus akan tertumpu kepada pergerakan harga menuju angka ke-14. Sekiranya harga berjaya menembusi, aset berisiko akan mengalami dorongan kenaikkan harga yang besar yang akan mendorong harga di kawasan tinggi 1.1460 dan 1.1520. Tetapi jika permintaan terhadap euro menurun, yang berkemungkinan akan terjadi pada hari ini setelah pengumuman laporan makroekonomi penting, sokongan akan beralih ke tahap 1.1300, dan pergerakan yang disebutkan di atas mungkin tidak akan berlaku. Data yang paling penting untuk hari ini adalah laporan mengenai inflasi AS, yang mana jika ia merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan, kenaikan harga diramalkan. Walau bagaimanapun, jika sebaliknya, ia mencatatkan bacaan yang lebih buruk daripada ramalan, permintaan untuk mata wang Dolar AS akan meningkat sebaliknya, tetapi tidak akan membawa kepada perubahan dalam trend semasa, sekurang-kurangnya sehingga pasangan mata wang ini diniagakan di atas tahap 1.1255.

Pasangan Mata Wang GBP/USD

Pound Britain mengalami penurunan di tengah-tengah berita bahawa UK akan mengalami masalah setelah wabak coronavirus. Di samping itu, masalah hubungan perdagangan dengan Kesatuan Eropah masih belum dapat diselesaikan, yang secara serius boleh mempengaruhi ekonomi kedua-dua negara pada masa akan datang.

Masalah lain bagi pound adalah keputusan Bank of England mengenai dasar kewangannya, yang mungkin merupakan pengenalan kadar faedah negatif pada bulan Ogos. Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar percaya bahawa keputusannya masih akan dibuat untuk menggunakan pelonggaran kuantitatif yang lebih agresif (QE), dan kenyataan Andrew Bailey baru-baru ini mengesahkannya. Bailey mengatakan bahawa tahap kadar faedah sekarang sudah hampir dengan sifar, jadi tidak banyak instrumen yang tersedia untuk mengawal keadaan. Sekiranya ekonomi tidak terus bertindak balas terhadap langkah-langkah yang diambil, Bank of England kemungkinan besar akan terus membangun langkah-langkah agresif pelonggaran kuantitatif.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang GBP/USD, pasaran menaik telah berakhir, sebagaimana corak 'Double Top' telah terbentuk, yang dapat dilihat dengan jelas pada carta masa yang lebih kecil. Sekarang, aliran menurun mensasarkan penembusan harga pada tahap 1.2510, kejayaan harga untuk menembusi tahap tersebut akan mendorong kepada penurunan harga baru yang akan manawarkan kemasukan peluang membeli pasangan pada tahap rendah 1.2440 dan 1.2360. Aliran menaik hanya boleh mengharapkan harga akan kembali di atas tahap rintangan 1.2620, kerana hanya selepas itu pembetulan kenaikan akan berterusan.