Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 27 Disember 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi Anjakan semula Fibonacci 61% yang dilihat pada tahap 1.3380, membentuk tahap tinggi tempatan baharu pada 1.3436 dan kini sedang menyatukan keuntungan baru-baru ini dalam julat yang sempit. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.3471 dan kemudian pada ayunan tinggi yang terletak pada tahap 1.3515. Momentum yang kukuh dan positif menyokong prospek kenaikkan jangka pendek untuk GBP, walau bagaimanapun, keadaan pasaran kini amat terlebih belian (overbought) pada carta masa 4 Jam, oleh yang demikian, penarikan semula harga ke arah tahap 1.3371 adalah diramalkan.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3774

WR2 - 1.3612

WR1 - 1.3524

Pivot Mingguan - 1.3343

WS1 - 1.3248

WS2 - 1.3073

WS3 - 1.2991

Tinjauan Dagangan:

Arah aliran menurun pada carta masa yang lebih besar sedang diteruskan, tetapi hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.3514 akan meningkatkan prospek kepada lebih menaik dengan sasaran terletak pada tahap 1.4200. 200 WMA telah pun ditembusi, oleh yang demikian, pasaran berada dalam aliran menurun dengan sasaran jangka panjang terletak pada tahap 1.2668 (tahap rendah September 2020).