Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 14 Disember 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Ketidaktentuan pasangan mata wang GBP/USD meningkat pada carta 4 Jam selepas ia membuat penembusan harga di atas garis aliran rintangan yang terletak pada tahap 1.3230. Walaupun terdapat percubaan untuk rali, pasaran perlahan-lahan bergerak lebih rendah lagi, tetapi setakat ini masih didagangkan di atas garis arah aliran. Sokongan teknikal harian utama terletak pada tahap 1.3194 sementara rintangan teknikal pada tahap 1.3240. Mana-mana penembusan harga pada garis arah aliran sekali lagi akan mengakibatkan "sell-off" ke arah tahap 1.3194 dan 1.3166. Hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.3370 - 1.3352, zon rintangan jangka pendek utama, akan mengubah tinjauan kepada lebih menaik dalam masa terdekat.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3422

WR2 - 1.3360

WR1 - 1.3322

Pivot Mingguan - 1.3246

WS1 - 1.3204

WS2 - 1.3123

WS3 - 1.3081

Tinjauan Dagangan:

Pada carta masa yang lebih besar, pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang meneruskan penurunan harga, tetapi hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.3514 akan meningkatkan prospek kepada lebih menaik dengan sasaran terletak pada tahap 1.4200. 200 WMA telah pun ditembusi, oleh yang demikian, pasaran kini berada dalam aliran menurun dengan sasaran jangka panjang terletak pada tahap 1.2668 (tahap endah September 2020).