Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Setelah percubaan pasangan mata wang GBP/USD untuk menembusi di atas tahap rintangan 1.2609 sekali lagi menemui kegagalan semasa sesi dagangan Amerika Syarikat (AS) semalam, tekanan ke atas mata wang pound meningkat secara beransur-ansur, yang mana telah saya sebutkan berulang kali di dalam artikel saya. Sekiranya anda merujuk kepada carta 5 minit, anda akan melihat percubaan lain yang tidak berjaya untuk pasangan mata wang ini mengukuh di atas tahap 1.2609, sekaligus telah menyebabkan penjualan pound dan pengukuhan harga di bawah tahap rintangan utama 1.2555, di mana pasangan mata wang GBP/USD kini sedang berdagang. Aliran menaik perlu segera kembali berdagang ke tahap ini di sebelah pagi, kerana kita boleh meramalkan pertumbuhan pasangan mata wang dalam jangka pendek bagi senario ini. Penting untuk diperhatikan bahawa penurunan pasangan mata wang GBPUSD di bawah Moving Averages (MA), tidak akan menambahkan keyakinan terhadap peserta pasaran. Pengukuhan harga pada tahap 1.2555 akan menjadi isyarat yang baik kepada para pedagang untuk memgambil pesanan membeli dengan menjangkakan pertumbuhan semula harga ke tahap rintangan 1.2609 dan penembusan harga pada tahap ini yang akan mendorong pound bergerak ke tahap tinggi baru 1.2647 dan 1.2686, di mana saya mengesyorkan kepada anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya tekanan pada pasangan mata wang GBP/USD berterusan pada separuh pertama hari ini, maka adalah lebih baik untuk anda menangguhkan pembelian sehingga pasangan mata wang GBP/USD menguji tahap sokongan 1.2496, di mana ia berkemungkinan besar akan membuat penembusan harga palsu di sana, atau mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga melonjak dari tahap terendah 1.2439 dengan menjangkakan pembetulan sebanyak 30-35 mata dalam sehari. Harus diingatkan bahawa dalam laporan COT minggu lalu, pasaran cenderung memihak kepada penjualan pound, oleh yang demikian, anda harus berhati-hati dengan pesanan pembelian di masa depan dengan harga tinggi. Laporan COT menunjukkan bahawa Kedudukan pendek (menjual) bukan komersial meningkat dari 54,799 kepada 61,449 pada minggu ini, sementara kedudukan panjang (membeli) bukan komersial juga meningkat dari 35,810 kepada 39,192. Akibatnya, kedudukan bersih bukan komersial menjadi lebih negatif dan ternyata berada pada tahap –22,257, berbanding –18,989, yang menunjukkan bahawa trend penurunan jangka sederhana kekal pada pasangan mata wang GBP/USD.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Penjual menjalankan aktiviti perdagangan dengan cukup berhati-hati, berikutan pertumbuhan mata wang pound baru-baru ini yang sebahagian besarnya telah didorong oleh kelemahan Dolar AS akibat kegelisahan, daripada kekuatan pound itu sendiri. Aliran menurun perlu membuat penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.2555 dan melantun semula dari Moving Averages (MA), yang akan menjadi isyarat ideal kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD. Walau bagaimanapun, tekanan ke atas mata wang pound akan kekal selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.2555, yang berpotensi untuk menyebabkan kejatuhan harga ke tahap sokongan pertama 1.2496, walau bagaimanapun, sasaran untuk penurunan akan adalah pada tahap rendah 1.2439, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Ujian harga pada tahap ini boleh menjadi titik perubahan dalam trend kenaikan harga semasa pada 25 Mei tahun ini. Sekiranya aliran menaik berjaya mendominasi pasaran, maka adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan pesanan menjual hanya setelah harga membuat penembusan palsu pada tahap rintangan 1.2609, atau sedikit lebih tinggi: dari tahap tinggi 1.2647 dan 1.2686. Walau bagaimanapun, ujian harga pada tahap ini tidak akan membawa kepada pembetulan penurunan 25-30 mata dalam sehari.
Isyarat Indikator:
Moving Averages (MA)
Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembentukan pasaran penurunan harga dalam jangka pendek.
Catatan: Tempoh dan harga bagi Moving Averages (MA) dipertimbangkan oleh penulis berdasarkan kepada carta 1 Jam dan berbeza dengan definisi umum MA Harian Klasik pada carta harian, D1.
Bollinger bands
Sekiranya pound mengukuh, sempadan atas indikator pada tahap 1.2609 akan bertindak sebagai rintangan.
Huraian Indikator:
Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.Kedudukan panjang (membeli) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan panjang yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.Kedudukan pendek (menjual) bukan komersial mewakili jumlah kedudukan pendek yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.