Pasangan Mata Wang USD/JPY
Berikutan pergerakan mendatar selama dua minggu, pasangan mata wang USD/JPY ini akhirnya melonjak naik semalam berikutan kenaikan selera risiko yang berterusan: S&P 500 menambah 0.82% semalam, emas jatuh 0.69%, dan hasil bon kerajaan Amerika Syarikat (AS) 5 tahun meningkat dari 0.31% kepada 0.32%. Pertumbuhan pasangan mata wang USD/JPY mencapai 110 mata, sasaran kenaikan pertama pada tahap 108.30 berjaya diatasi. Sasaran kedua 109.50 telah terbuka, di mana sekarang kita sedang menunggu harganya. Dengan peenmbusan harga pada tahap tersebut, kenaikkan harga diramalkan akan mencapai tahap 110.83 (tahap rendah November 2017). Marlin Oscillator berada di zon nilai positif.
Harga sedikit menurun selepas memperlihatkan pertumbuhan yang kuat pada carta empat jam. Tahap sasaran 108.30 kini bertindak sebagai sokongan. Setelah menyelesaikan pembetulan tempatan, kami menjangkakan pasangan mata wang ini akan meneruskan dagangan menaik.