EUR/USD: Ekonomi Amerika Syarikat mengikuti ramalan ahli ekonomi. Euro tidak mempunyai harapan untuk lantunan harga yang kuat

Dolar AS gagal mendapatkan sokongan yang diperlukan pada Jumaat, susulan pengumuman beberapa laporan statistik fundamental, yang sebahagian besarnya mencatatkan bacaan yang bertepatan dengan ramalan ahli-ahli ekonomi, tidak membawa kepada perubahan yang ketara dalam pasaran.

Walaupun laporan perbelanjaan AS pada bulan Januari merekodkan bacaan yang positif, kenaikkan ini adalah bertepatan dengan jangkaan para penganalisis, oleh yang demikian, ia tidak membenarkan aliran menaik meningkatkan pesanan membeli Dolar AS. Indikator ini adalah pemacu pertumbuhan ekonomi yang utama, oleh itu, data sering tertakluk kepada volatiliti pasaran yang tinggi. Menurut laporan dari Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, jualan runcit pada bulan Januari tahun ini meningkat 0.3% berbanding bulan sebelumnya, yang dijangkakan oleh ahli ekonomi. Selain itu, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, perbelanjaan pada bulan Januari meningkat sebanyak 4.4%, menunjukkan kekuatan indikator.

Sementara itu, data yang menunjukkan penurunan dalam pengeluaran perindustrian AS pada bulan Januari tidak membawa kepada penutupan pesanan menjual Dolar AS. Sebaliknya, ia secara beransur-ansur mendorong pasangan mata wang EUR/USD ke tahap rendah tahunan. Kemungkinan besar, ini disebabkan kekurangan pembeli aset yang berisiko, kerana terdapat kemerosotan mendadak dalam keadaan ekonomi zon eropah. Menurut laporan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, pengeluaran perindustrian pada bulan Januari turun sebanyak 0.3% berbanding bulan sebelumnya, sepenuhnya bertepatan dengan ramalan ahli ekonomi. Sementara itu, pengeluaran pembuatan merosot hanya 0.1%, disebabkan oleh kelembapan pengeluaran pesawat awam.

Sementara itu, laporan inventori AS telah diabaikan oleh pasaran. Menurut laporan dari Jabatan Perdagangan AS, inventori meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Disember, dan berjumlah $2.04 bilion. Ini bertepatan dengan ramalan ahli ekonomi.

Pada masa yang sama, laporan mengenai harga barangan buatan asing, yang kekal tidak berubah pada Januari 2020, juga tidak menimbulkan kecenderungan di kalangan pelabur. Mengikut laporan dari Jabatan Buruh AS, harga import di Amerika Syarikat kekal tidak berubah pada bulan Januari berbanding Disember, sementara ahli ekonomi menjangkakan penurunan sebanyak 0.2%. Sebaliknya, membandingkannya sehingga Januari 2019, harga import meningkat sebanyak 0.3%.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD, kita perlu mengambil pesanan membeli euro dengan berhati-hati, kerana tidak ada lagi isyarat mengenai pengakhiran aliran menurun. Sudah tentu, kita boleh bercakap tentang prospek pembetulan menaik, namun, ia mungkin hanya bersifat sementara. Hanya jika aliran menaik kembali berdagang pada tahap 1.0860 akan membawa kepada pemulihan aset berisiko pada tahap 1.0900, dan agak mungkin, kepada kemas kini 1.0930. Jika tekanan pada euro berterusan pada awal minggu ini, tahap seterusnya akan dijumpai di kawasan 1.0800, atau lebih rendah, berhampiran tahap 1.0770. Penembusan harga pada julat ini akan membuka laluan langsung ke tahap psikologi 1.0500.