Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 20 Oktober, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah menguji zon bekalan jangka pendek utama yang terletak di antara tahap 1.1648 - 1.1665, terdapat beberapa percubaan menaik untuk mencapai puncak rali. Selain itu, terdapat juga corak graf lilin Pin Bar yang dibentuk di sekitar tahap 1.1664, oleh yang demikian, pasaran cenderung untuk meneruskan pergerakan menurun tidak lama lagi. Sekiranya berlaku kegagalan untuk menembusi pada zon harga ini, maka terdapat kemungkinan kesinambungan penurunan ke tahap 1.1628 (sokongan teknikal urusniaga harian), 1.1624 (sokongan teknikal) atau 1.1572 (sokongan teknikal jangka pendek utama). Walaupun keadaan pasaran yang terlebih belian (overbought), momentumnya kekal kuat dan positif, sehingga ia juga menyokong prospek kenaikan jangka pendek.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.1742

WR2 - 1.1684

WR1 - 1.1640

Pivot Mingguan - 1.1582

WS1 - 1.1545

WS2 - 1.1479

WS3 - 1.1445

Tinjauan dagangan:

Pasaran dikawal oleh aliran menurun yang mendorong harga bergerak menuju ke tahap 1.1562, yang merupakan tahap rendah sejak November 2020. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1497. Trend menaik cenderung untuk dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang berikutnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan harga disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.