Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai tahap rintangan teknikal yang terletak pada 1.1613 dan membentuk tahap tinggi tempatan baru pada tahap 1.1624 semasa lantunan harga. Keadaan pasaran kini terlebih belian (overbought), oleh yang demikian, penembusan harga pada tahap ini akan membuka jalan bagi pasangan mata wang EUR/USD menuju ke tahap rintangan teknikal seterusnya yang dilihat berada pada 1.1648 - 1.1665. Sebaliknya, tahap 1.1497 kekal sebagai sokongan teknikal jangka panjang untuk aliran menaik dan penembusan harga pada tahap ini akan dilihat sebagai sangat negatif untuk kenaikan harga. Sila perhatikan bahawa pasaran terus diniagakan di dalam saluran menurun, oleh itu, penurunan harga masih menguasai pasaran.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.1734
WR2 - 1.1687
WR1 - 1.1623
Pivot Mingguan - 1.1577
WS1 - 1.1516
WS2 - 1.1462
WS3 - 1.140
Tinjauan dagangan:
Pasaran didominasi oleh aliran menurun yang mendorong harga bergerak ke tahap 1.1562, yang merupakan tahap rendah November 2020. Sasaran seterusnya untuk aliran menurun dilihat pada tahap 1.1497. Aliran menaik cenderung untuk dilanjutkan menuju sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi 06.01.2021) hanya sekiranya senario kenaikkan harga disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.