Pelan dagangan pasangan mata wang EURUSD pada 07 Oktober, 2021

Gambaran teknikal:

Pasangan mata wang EURUSD diniagakan rendah menuju ke tahap rendah sekitar 1.1530 pada Rabu sebelum ia melantun semula. Pasangan mata wang ini perlu menembusi di atas tahap 1.1640, yang merupakan rintangan jangka pendek, untuk mengesahkan tahap rendah sudah mengambil tempat. Aliran menaik berkemungkinan besar akan kembali mendominasi pasaran kerana sokongan utama sekitar 1.1600 telah dicapai, tahap rendah November 2020.

Pasangan mata wang EURUSD kini diniagakan begitu hampir dengan kenaikan Fibonacci 0.50 dari keseluruhan rali antara tahap 1.0636 dan 1.2350. Aliran menurun cenderung untuk menolak harga ke arah tahap 1.1500 sebelum ia meneruskan aliran menaik. Sokongan harga segera terletak di sekitar tahap 1.1500, sementara rintangan berada pada tahap 1.1640, diikuti oleh 1.1750 dan lebih tinggi.

Sempadan harga pada baru-baru ini yang mungkin akan di capai adalah antara tahap 1.2266 dan 1.1530. Penarikan semula minimum boleh mendorong harga bergerak ke arah tahap 1.1900-50. Masih terdapat kebarangkalian bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan menguji tahap 1.2000 sebelum ia kembali diniagakan lebih rendah lagi. Pedagang mungkin menunggu penembusan harga di atas tahap 1.1640 untuk memulakan pesanan membeli yang berpotensi.


Pelan dagangan:

Aliran menaik diramalkan ke arah tahap 1.1900-50, berbanding 1.1450.

Semoga berjaya!