Pasangan mata wang EUR/JPY cenderung untuk menguji rintangan utama jangka pendek pada tahap 130.56 tidak lama lagi. Penembusan harga di atas tahap tersebut akan menjadi petunjuk yang jelas bahawa gelombang 4/ telah berakhir dan sub-gelombang akhir pada gelombang 3 sedang menuju ke arah sasaran jangka panjang pada tahap 135.42.
Kami juga ingin menekankan bahawa selagi rintangan utama jangka pendek yang terletak 130.56 masih belum ditembusi, kami tidak dapat memastikan dengan jelas bahawa gelombang 4/ telah selesai dan gelombang 5/ sedang membangun. Oleh yang demikian, pedagang dinasihatkan agar tetap fleksibel dan sabar.