27 September, 2021 : Analisis teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD

Penurunan harga yang berterusan di bawah zon harga 1.2050-1.2000 membolehkan aliran menurun jangka pendek semasa ditetapkan.

Sasaran penurunan awal terletak di sekitar tahap 1.1940 dan diikuti tahap 1.1800 yang menawarkan penolakan kenaikan harga untuk suatu ketika sebelum pergerakan penurunan harga lain menuju tahap 1.1770 dan 1.1700.

Oleh itu, pasangan mata wang EURUSD telah bergerak menurun dalam saluran penurunan harga yang digambarkan sementara tahap harga 1.1780 kekal sebagai tahap permintaan ketara yang menghalang penurunan harga selanjutnya.

Tekanan kenaikan harga yang bermula sekitar tahap 1.1780 gagal mendorong pasangan mata wang EUR/USD ini untuk diniagakan lebih tinggi daripada tahap 1.1900. Itulah sebabnya, penurunan harga mensasarkan pergerakan menuju ke arah tahap 1.1700 sedang diperhatikan.

Isyarat untuk kenaikan harga diramalkan pada tahap semasa 1.1700-1.1730 kerana ia bersesuaian dengan bahagian belakang saluran yang ditembusi. Corak pembalikan kenaikkan yang serupa dengan 'double-bottom' nampaknya sedang berjalan.

Itulah sebabnya, Kenaikan harga yang berterusan di atas taha 1.1830 (garis neckline) masih diperlukan untuk mendorong pergerakan menaik pasaran dan membolehkan harga bergerak ke arah tahap 1.1900 dan 1.1970.

Mana-mana penembusan harga yang akan datang ke arah tahap 1.1985 harus dipertimbangkan untuk penolakan penurunan harga dan kemasukan pesanan MENJUAL yang sah.