Isyarat dagangan EMAS - XAU/USD untuk 22 - 23 September 2021: Jual di bawah 1,785 (EMA 200)

Emas diniagakan di atas SMA 21 dengan kecenderungan kenaikan harga. Lantunan teknikal telah melanjutkan dari tahap rendah 1,742 dan semalam ia mencapai zon rintangan 1,781 yang bertepatan dengan 5/8 Murray. Dalam dua hari, pasangan XAU/USD telah pulih hampir 40 dolar.

Peningkatan semula emas ini disebabkan oleh peningkatan hasil bon Perbendaharaan dan pembetulan yang dibuat oleh indeks dolar AS di bawah 7/8 Murray. Trendterus meningkat untuk dolar AS, oleh yang demikian, kenaikan emas ini hanya akan menjadi peluang untuk kemsukan pesanan menjual.

Pelabur memerhatikan data yang akan dikeluarkan esok oleh bank pusat. Unjuran ekonomi baru dijangka, dan beberapa pelaku pasaran masih percaya bahawa Fed akan memberikan petunjuk mengenai rancangan pengurangan pembelian bonnya.

Sekiranya bank pusat memutuskan untuk memulakan pemotongan program rangsangannya sebelum akhir tahun ini, emas boleh jatuh ke paras 1,700 dan mungkin berada di bawah tekanan menurun untuk jangka masa yang lama.

Carta 4 jam menunjukkan bahawa emas kini diniagakan di bawah EMA 200 dan di bawah saluran aliran menurun. Kemungkinan besar dalam tempoh beberapa jam yang akan datang, akan ada peluang yang baik untuk kemasukan pesanan menjual sekiranya harga naik dan mencapai bahagian atas saluran menurun di sekitar paras 1,785.

Dalam dagangan jangka pendek, selagi emas berada di atas titik pivot 4/8 Murray dan di atas SMA 21, emas dijangka akan terus mengukuh tetapi akan terus terperangkap sehingga 200 EMA berada pada paras 1,790. Penembusan dan pengukuhan harga di atas paras 1,795 akan menjadi permulaan turutan kenaikkan harga baru.

Prospek kami adalah penurunan harga untuk emas selagi ia masih berada di bawah 1,790. Kami percaya bahawa emas berkemungkinan besar akan meneruskan penurunan menuju ke paras 1,750 dan penembusan harga di bawah 4/8 Murray akan mendorong harga ke paras sokongan 1,718, 3/8 Murray.

Indikator 'Eagle' menunjukkan isyarat kenaikkan harga, tetapi jika anda melihat pada carta, Moving Average (MA) terhad kerana ia berayun di bawah saluran menurun. Sekiranya emas gagal menembusi saluran ini, harga hanya akan membuat pembetulan dan emas boleh jatuh lagi dalam beberapa hari akan datang. Untuk ini, emas seharusnya diniagakan di bawah 1,790.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 22 - 23 September 2021

Rintangan (3) 1,794

Rintangan (2) 1,790

Rintangan (1) 1,784

----------------------------

Sokongan (1) 1,769

Sokongan (2) 1,760

Sokongan (3) 1,750

***********************************************************

Tip dagangan EMAS untuk 22 - 23 September, 2021

Buka pesanan menjual di bawah paras 1,785 (EMA 200), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada paras 1,775 dan 1,760 (SMA 21), dan Stop Loss di atas paras 1,793.

Buka pesanan membeli sekiranya emas membuat lantunan harga pada paras 1,762, dengan menetapkan pesanan Take Profit pada paras 1,775 dan 1,785 (bahagian atas saluran menurun), dan Stop Loss di bawah paras 1,755.