Pertumbuhan pasangan mata wang USD/JPY didorong oleh kenaikan Indeks Dolar ke tahap 92.54. Indeks memberikan tekanan ke atas rintangan statik 92.47 dan halangan dinamik. Pasangan mata wang USD/JPY ini cenderung untuk melanjutkan kenaikan ke tahap yang lebih tinggi sekiranya DXY dan JP225 juga meneruskan pertumbuhan. Namun, pasangan mata wang kini terperangkap dalam corak julat.
Harga telah mencapai zon rintangan, oleh yang demikian, kita harus menunggu isyarat dagangan baru. JP225 (Nikkei) menyaksikan sedikit penurunan setelah membuat kenaikkan ketara. Indeks saham Jepun masih menaik, oleh itu, pertumbuhan selanjutnya menunjukkan susut nilai JPY.
Pasangan mata wang USD/JPY didorong lebih tinggi oleh DXY. Data ekonomi Jepun bercampur-campur. Purata Pendapatan Setiap Jam meningkat 1.0% berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikan 0.2%, Perbelanjaan Isi Rumah mencatatkan pertumbuhan 0.7% berbanding ramalan 2.6%, sementara Indikator Utama dilaporkan lebih tinggi pada 104.1% berbanding ramalan 103.5%.
Pasangan mata wang USD/JPY akan keluar dari julatnya tidak lama lagi?Pasangan mata wang USD/JPY menekan R1 mingguan (110.20) dan tahap rintangan 110.22. Kegagalan harga untuk mencapai dan menguji semula tahap 109.48 akan menandakan pertumbuhan harga yang berpotensi. Secara teknikalnya, Sliding Line (SL) luar dan Lower Median Line (LML) dilihat sebagai tahap rintangan.
Secara peribadi, saya percaya bahawa hanya penembusan harga yang sah di atas Lower Median Line (LML) yang dapat menandakan kesinambungan kenaikan harga. Sebaliknya, corak penurunan harga di sini akan menandakan pergerakan menurun. Secara teknikalnya, tekanan kenaikkan harga tinggi setelah pasangan mata wang gagal membentuk tahap rendah baru.
Ramalan!Pasangan mata wang USD/JPY kini dilihat berada dalam zon rintangan, maka kita harus menunggu penembusan harga yang sah ke tahap 110.41 sebelum mempertimbangkan kemasukan pesanan membeli. Penembusan harga palsu melalui tahap ini berpotensi untuk menghasilkan 'sell-off' baru.
Secara teknikalnya, pasangan mata wang ini cenderung untuk membangunkan pergerakan menaik yang penting sekiranya harga melonjak dan stabil di atas tahap 110.67, anjakan semula 23.6%.