Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 12 Ogos, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah melantun dari keadaan pasaran yang terlebih jualan (oversold) setelah tahap rendah tempatan baru dibentuk pada tahap 1.3802. Corak graf lilin Bullish Engulfing dibentuk pada akhir pergerakan menurun, walau bagaimanapun, pantulan pound telah dihadkan pada tahap 1.3885, yang merupakan zon bekalan paling hampir untuk penurunan harga. Momentum pasangan mata wang ini adalah neutral-kepada-penurunan harga, oleh itu, aliran menurun mungkin berusaha untuk mendorong harga kembali diniagakan ke tahap rendah semasa. Hanya penembusan harga yang berterusan di atas saluran menaik yang dilihat sekitar tahap 1.3910 akan mengubah prospek pasangan mata wang ini kepada aliran menaik.

Pivot Points (PP) Mingguan:

WR3 - 1.4009

WR2 - 1.3980

WR1 - 1.3916

Pivot Mingguan - 1.3887

WS1 - 1.3821

WS2 - 1.3780

WS3 - 1.3720

Tinjauan Perdagangan:

Carta mingguan masih menunjukkan bahawa aliran menaik masih utuh dan gelombang pembetulan telah berakhir pada tahap 1.3571. Hanya penembusan harga yang berterusan pada tahap 1.3518 akan mendorong pergerakan menurun yang lebih besar daripada penarikan semula biasa. Aliran menaik cenderung untuk dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.4246 (tahap tinggi dari 24.02.2021).