Pasangan mata wang EUR/USD jatuh tepat tetapi ini hanya boleh menjadi penurunan sementara. Ini telah keluar dari corak pembalikan harga, oleh yang demikina, ia cenderung untuk meningkat dengan segera. Pasangan mata wang EUR/USD ini jatuh sekarang hanya kerana DXY telah membuat lantunan semula.
Data AS cenderung untuk menentukan arah pergerakan harga yang jelas pada hari ini. Keyakinan Pengguna CB dijangka akan mencatatkan penurunan dari 127.3 kepada 123.9 mata. Penurunan yang lebih besar akan menjejaskan dolar AS. Selain itu, Pesanan Barangan Tahan Lama diramalkan meningkat sebanyak 2.1%, sementara Teras Pesanan Barangan Tahan Lama dijangkakan akan mencatatkan pertumbuhan 0.8%.
Pasangan Mata Wang EUR/USD Mengesahkan Falling Wedge!Pasangan mata wang EUR/USD telah menemui rintangan sementara pada R1 (1.1814) setelah keluar dari corak Falling Wedge. Sekarang, pasangan mata wang diniagakan pada thaap 1.1793 dan hampir mencapai garis aliran menurun yang telah ditembusi.
Secara teknikalnya, ia gagal untuk stabil di atas garis Fibonacci 50%. Hanya penstabilan harga di atas rintangan dinamik ini akan mengesahkan pertumbuhan harga yang berpotensi. Dalam dagangan jangka pendek, pasangan mata wang ini bergerak mendatar, oleh yang demikian, kita harus menunggu penembusan harga yang sah di atas tahap 1.1824 sebelum melonjak ke arah tahap tinggi baru.
Gambaran!Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD sekiranya harga melonjak dan stabil di atas tahap tinggi 1.1830. Sasaran utama dilihat pada Upper Median Line (UML). Senario kenaikkan harga boleh dibatalkan jika pasangan mata wang EUR/USD ini membuat corak harga rendah yang lebih rendah baru.