Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 14 Julai, 2021

Gambaran teknikal:

Pasangan mata wang EURUSD turun ke tahap rendah baru sekitar 1.1772 semalam semasa sesi dagangan New York seperti yang dijangkakan. Mungkin masih ada ruang yang berbaki untuk aliran menurun jatuh lebih rendah lagi, sebelum harga mendapat sokongan. Pasnagan mata wang ini diramalkan akan mencari tahap dasar sementara di sekitar 1.1720/30 dalam jangka masa terdekat. Adalah diingatkan bahawa kenaikan semula harga yang signifikan diramalkan dari sekitar tahap 1.1700 sebelum pasangan mata wang ini kembali diniagakan dalam aliran menurun.

Pasangan mata wang EURUSD berkemungkinan besar akan berdagang hampir dengan tahap 1.1790 sewaktu penulisan analisis ini dan pasangan juga dijangka akan membuat satu lagi tahap rendah untuk menyelesaikan struktur gelombang dari tahap tinggi 1.2266. Rintangan segera masih kukuh sekitar tahap 1.1975, sementara sokongan masing-masing berada di sekitar tahap 1.1700. Keseluruhan penurunan harga dari tahap 1.2266 dijangka akan dijejaki semula selepas itu.

Melihat kepada struktur gelombang selepas membentuk tahap tinggi 1.2350 pada 06 Januari 2021, aliran menurun pada pasangan mata wang EURUSD dilihat cenderung untuk menolak harga sekurang-kurangnya hingga di bawah tahap 1.1300, dan seterusnya. Tetapi dalam jangka masa terdekat, kenaikan harga dijangkakan akan menuju ke tahap 1.2050 sebelum penurunan harga kembali. Para pedagang dinasihatkan untuk mengambil keuntungan sekitar tahap 1.1720.

Pelan perdagangan:

Kekal menjual, dengan menetapkan pesanan Stop Loss @ 1.2250, dan sasaran @ 1.1300

Semoga berjaya!