Analisis Elliott wave pasangan mata wang EUR/JPY pada 18 Jun, 2021

Pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat sedang menguji sasaran 23.6% yang terletak pada tahap 130.82, yang mana ini akan melengkapkan gelombang 4/ untuk rali impulsif seterusnya dalam gelombang 5/ menuju ke tahap 135.42. Kenyataan 'hawkish' dari Rizab Persekutuan (Fed) semalam telah mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan lebih rendah dan keadaan yang sama juga berlaku ke atas pasangan mata wang EUR/JPY, yang juga diniagakan lebih rendah. Kami bagaimanapun tidak melihat ini selain daripada kekuatan jangka pendek untuk dolar AS dan setelah kekuatan ini dibalikkan, pasangan EUR/JPY harus mendapat tempat dan mula mengukuh ketika gelombang 5/ mengambil alih. Penembusan harga di atas tahap 131.43 akan menunjukkan bahawa gelombang 4/ sudah lengkap dan gelombang 5/ akan mengambil alih.

Cadangan dagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli EUR di sini pada tahap 130.82 atau menunggu sehingga pasangan mata wang EUR?JPY menembusi di atas tahap 131.43 untuk membuka pesanan membeli untuk rali seterusnya yang lebih tinggi ke tahap 135.42. Stop Loss pada pesanan membeli perlu diletakkan di bawah tahap 129.60 untuk bermula.