Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 31 Mei, 2021

Gambaran teknikal:

Pasangan mata wang EURUSD mungkin bersedia untuk kembali diniagakan rendah setelah membentuk tahap tinggi yang lebih rendah di sekitar 1.2266 sejak minggu lalu. Tambahan pula, penurunan harga di antara tahap 1.2266 dan 1.2133 boleh menjadi ayunan pertama yang lebih rendah ke arah tahap 1.1700 dan seterusnya. Euro cenderung untuk membuat pembetulan menaik ke tahap 1.2210/30 sebelum kembali diniagakan rendah semula. Secara idealnya, harga akan kekal di bawah tahap 1.2266, dan lebih tinggi.

Pasangan mata wang EURUSD dilihat berkemungkinan besar akan berdagang di sekitar tahap 1.2188 sewaktu analisis ini ditulis meningkat ke tahap 1.2210/30 dalam jangka masa terdekat. Ia tidak ditunjukkan pada carta harian di sini, tetapi penarikan semula fibonacci 0.786 pada penurunan di antara 1.2266 dan 1.2133 juga dilihat melalui tahap 1.2230. Oleh itu, kebarangkalian penurunan harga tetap tinggi sekiranya harga berjaya mencapai tahap 1.2230.

Pasangan mata wang EURUSD menghadapi rintangan urusniaga harian sekitar tahap 1.2230, diikuti oleh 1.2260/70; sementara sokongan sementara masing-masing berada pada tahap 1.2130. Penembusan harga di bawah tahap 1.2130 akan mengesahkan bahawa aliran menurun kembali mendominasi pasaran dan berada di sini untuk tempoh yang lama.Perhatikan rali urusniaha harian di antara tahap 1.2200.30, sebelum pasangan mata wang EURUSD kembali menurun.

Pelan dagangan:

Kekal menjual, dengan menetapkan pesanan Stop Loss @ 1.2350, dan sasaran @ 1.1300

Semoga berjaya!