Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 21 - 24 Mei, 2021: tahap utama 1.2207

Semalam, pasangan mata wang EUR/USD berjaya mengukuh di atas SAM 21 pada carta 1 Jam, berdagang di atas 8/8 Murray. Ia kini menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 1.2249.

Berikutan kenyataan agresif dari FOMC pada hari Rabu, selera risiko menyukarkan USDX untuk terus meningkat lebih tinggi. Penurunan mendadak dalam hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah memberikan kenaikan tambahan dan menghalang tekanan menurun yang kuat bagi USDX.

Indeks dolar AS (USDX) mempunyai sokongan kuat pada tahap 89.50 sewaktu penulisan artikel ini. Ia diniagakan pada tahap 89.71 bahkan menunjukkan tekanan ke arah bawah. Ia berkemungkinan akan menemui lantunan semula harga di kawasan ini, yang menjelaskan pergerakan selanjutnya untuk euro untuk menemui rintangan di zon 1.2250.

Lantunan teknikal yang ditinggalkan USDX, cenderung untuk mendorong pembetulan menurun untuk pasangan mata wang EUR/USD dan berdagang di bawah 1.2207, tahap sokongan yang kuat. Pada carta, anda dapat melihat saluran aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD, yang menyatu dengan SMA 21.

Lonjakan teknikal dalam SMA 21-hari di atas saluran menaik dan di atas 8/8 Murray dapat memberikan momentum kenaikkan harga untuk menembusi rintangan 1.2249 dan mencapai +1/8 Murray di sekitar tahap 1.2268.

Tahap utama 1.2207 mewakili sokongan dan prospek kenaikan harga dalam jangka pendek untuk pasangan mata wang EUR/USD. Penembusan dan pengukuhan harga di bawah zon ini akan menjadi peluang yang baik untuk kemasukan pesanan menjual dengan sasaran terletak pada EMA 200 sekitar 1.2146.

Bacaan teknikal penunjuk eagle menunjukkan isyarat aliran menurun. Moving line menunjukkan perbezaan negatif. Dalam beberapa hari yang akan datang, mungkin akan ada pergerakan penurunan harga untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di bawah tahap 1.2249 atau jika harga menurun di bawah 1.2207 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.2146 (EMA 200).

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 21 -24 Mei, 2021

Rintangan (3) 1.2269

Rintangan (2) 1.2255

Rintangan (1) 1.2246

----------------------------

Sokongan (1) 1.2207

Sokongan (2) 1.2183

Sokongan (3) 1.2152

***********************************************************

Tip Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 21 - 24 Mei, 2021

Adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sekiranya berlaku penarikan semula harga pada tahap1.2249 (Rintangan kuat), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada 1.2207 (8/8), sementara Stop Loss di atas 1.2285.

Buka pesanan membeli sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini melantun semula pada tahap 1.2207 (8/8 murray), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2249 dan 1.2263 (+1/8), sementara Stop Loss di bawah 1.2175.