Gambaran teknikal:
Pasangan mata wang EURUSD dilihat telah berjaya membentuk tahap tinggi yang berpotensi pada 1.2245 semalam. Ia telah diterbalikkan dari Penarikan Semula Fibonacci 0.786 dari keseluruhan penurunan di antara tahap 1.2350 dan 1.1704, hampir menutup pada corak graf lilin engulfing menurun. Rali urusniaga harian pada hari ini hingga tahap 1.2204 kelihatan seperti pembetulan kecil kerana aliran menurun dijangka akan mendominasi semula pasaran.
Pasangan mata wang EURUSD telah melanjutkan penurunan ke arah 1.2183/85 sewaktu artikel ini ditulis dan dijangka akan jatuh di bawah tahap 1.2159 tidak lama lagi. Rintangan segera kekal di sekitar tahap 1.2245, sementara sokongan sementara masing-masing berada di sekitar tahap 1.2159. Penembusan harga di bawah tahap 1.2159 akan mempercepatkan kejatuhan harga ke arah tahap 1.2051 dalam jangka masa terdekat.
Sementara itu, penembusan harga di atas tahap 1.2245 akan mendorong pasangan mata wang EUR/USD ini untuk bergerak menuju ke arah tahap 1.2265 sebelum menembusi tahap rintangan sekali lagi. Hanya tekanan di atas tahap 1.2350 yang akan mengubah struktur penurunan harga. Kebarangkalian pasaran kekal tinggi untuk kejatuhan harga yang lebih rendah dari sini dan meneruskan trend penurunan yang lebih ketara dengan mensasarkan di bawah tahap 1.1704 dan 1.1300.
Pelan dagangan:
Para pedagang disyorkan untuk kekal menjual, dengan menetapkan pesanan Stop Loss @ 1.2350, dan sasaran pada tahap 1.1300
Semoga berjaya!