Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 3 Februari 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Tekanan menurun pada pasangan mata wang GBP/USD telah meningkat dan pasaran telah menembusi di bawah garis arah aliran sokongan jangka pendek yang dilihat di sekitar tahap 1.3675. Tahap rendah tempatan dibentuk pada tahap 1.3610, oleh yang demikian, sasaran seterusnya adalah pada sokongan teknikal ursuniaga harian yang terletak pada tahap 1.3609. Pasaran keluar dari keadaan 'overbought' dan momentumnya adalah melemah dan negatif, mensasarkan ke tahap rendah. Sokongan teknikal jangka sederhana utama dilihat pada tahap 1.3428, tetapi sila beri perhatikan kepada mana-mana penembusan harga di bawah garis aliran sokongan sekitar tahap 1.350 terlebih dahulu. Ini mungkin merupakan petunjuk awal kemungkinan pergerakan harga yang lebih rendah.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.4011

WR2 - 1.3877

WR1 - 1.3788

Pangsi Mingguan - 1.3646

WS1 - 1.3564

WS2 - 1.3416

WS3 - 1.3342

Cadangan Dagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan menaik dan pencetus kepada pertumbuhan trend ini adalah penembusan harga di atas tahap atau pada tahap 1.3518 dalam carta masa (TF) mingguan. Tahap tinggi baru-baru ini dibentuk pada tahap 1.3744 dan ini adalah penutupan yang lebih tinggi dalam tempoh dua tahun. Semua pembetulan tempatan harus digunakan untuk membuka pesanan membeli selagi tahap 1.2674 tidak ditembusi. Sasaran jangka panjang untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.4370.